Tuesday, March 24, 2015
Assalamualaikum..
Hai rasa macam dah lama pulak tak update blog ni. Heee bukan apa hari-hari update boring pulak orang baca. Sebenarnya lately rasa macam tak sihat sikit, orng ofis pun tegur muka pucat sangat. Huhu kenapa nth.
Jumaat baru ni family husband ajak bercuti ke Melaka, pada asalnya malas jugak den nak poi yelah sebab badan rasa macam tak best je. Tapi kesian pulak kalau tak gi, lagipun orang nak belanje, balun jelah. haha
Jumaat malam tu kitorang berdua sampai A-Famosa dah malam, so aktiviti kami lepas sampai kompem lah tidur. Sampai berderngkur-dengkur,punya penat sebab tempuh jam dekat seremban. Fuhhh.
Sabtu pagi tu lepas je solat subuh teros terjun kolam. Tempat yang kami pilih adalah villa, nak privacy sikit bak kata abang ipar ku.
Satu villa provide satu kolam. Gitchuuu
The villa
Rate harga untuk satu villa sangatlah tak affordable, ekekeke. Kalau harap duit aku sendiri mungkin aku takkan dapat merasa.Maka terjadilah pepatah "Orang memberi,kita merasa." ekeke. So yang nak bercuti2 dengan big family saya cadang lah tempat ni. Dia provide 4 bilik, setiap bilik ada 2 katil. Hall dia besar, tv peti ais sume lengkap lah. Yang takde dapur je, sebab memasak adalah dilarang kat situ. Tapi ketegaran mak mertua dan ipar-duai mengatasi segalanya. Segala jenis periuk belanga diorang bawak. Memang lengkap lah. Dah rase macam kat rumah sendiri pulak  ___________..______________!
So lepas dah berenang kat kolam sambil bajet2 tunjuk skill berenang aku yang ntah pape tu, maka bergerak lah kami ke bandar hilir.Ala bandar hilir sume orang pun pergi kan? Aku tak amik gambar banyak sangat. SEbab most of the time abang ipar aku yang dok amik gambor. Jadi terkubur lah handphone ku didalam handbeg ku :'(
Husband ku En.Poyo . ekekeke
Sila jangan benci melihat wajah ku yang bulat seperti mangkuk nasi itu. ekekeke
Malam tu mula-mula plan nak gi makan ikan bakar. Tapi abang ipar (again) haha dah beli tiket pulak pegi Cowboy town. layan kan jelah. Untuk orang yang first itme macam aku ni, ok lah. Sebab masa show tu segala jenis mak nenek haiwan diorang keluarkan. Ada ayam,itik,gajah,kuda,kambing, best lah dapat pegang. eehehe. Lepatu beca-beca yang dihias pun ada, kereta berhias pun ada. Dah rasa macam hari merdeka. Dia punya pengacara majlis tu yang aku macam suka sikit, sebab masa dia nyanyi lagu 'cuti-cuti malaysia' suara dia sebijik macam dalam tv tu *kagum kejap. ekeke.
Anak buah dah macam sebaya pulak dengan aku.
Habis show tu pun dah malam, sebab bosan tak tao nak buat ape kitorang sewa tuktuk hiasan suruh pusing satu cowboy town tu ahahaha.
Esok pagi tu lepas sarapan mandi kolam semua, diorang ajak pergi safari aka zoo. Oh i likeeee. hehehe. Dari kecik suka pergi zoo sebab macam2 haiwan kita boleh kenal. Sebenarnya tak sabar nak tengok harimauu. Sukaaa gilaa harimau, ekekke.
Gajah ni kesian sangat. Dia kena ikat macamtu, Dah lah gading pun takde. Harap-harap penjaga zoo jangan lah seksa diorang ni. Kesian tengok.
Yang ni tak pasti apa, kijang maybe? ehehhe
See? yang pegang camer tu abang ipar aku. So sejenis handphone murahan pasti dipandang sepi. Hmmm :( . Kitorang ada naik macam bas tao, bas ni pulak ada macam pagar besi, so i called it "Bas Kandang" haha. So kalau tengok haiwan2 ni takde lah rasa seram sangat. Hee safety first. Padahal driver bawak laju betol. ekeke. Eh haa tu harimau tengah lepak bawah pokok. Ada dua ekor, look so jinak maybe sebab dah kenyang kot. huhu.
Swim my baby swimmmm. Harimau berenang curlass kau jah. haha.
Ni persembahan cowboy yang hmmm agak menarik. Memula bosan jugak lah, sebab english dia kemain pekat sampia aku rasa nak cakap "aiii bro,slow down. Cowboy cakap melayu ok bje bro." ekekeke. tapi dia punya tembak-tembak and bom  bom sume menjadi. Macam real je. Good job.
Habis je cowboy punya show, kitorang pergi tengok show burung pulak. Pergi dengan budak kecik sesungguhnya marilah kita tengok show yang lebih santai. ehehe.
So dah penat gila. Pastu terpikir jem lagi, so segera lah kami pulang. Alhamdulillah berkat hantar mak mertua ke kuala pilah kemudian patah balik ke bangi, kami tak hadap jem langsung. Jalan dalam itu perlu ye. heeee..
Sebelum balik haruslah posing dulu dan perasan bagai cinderella di waktu musim panas. Gitchuuu..
p/s minggu depan nak pergi lumut, nak pergi teluk senangin. Tak zabarrrr nak update kat blog aktiviti kat sana. ehehe
byeee............
Friday, March 20, 2015
Review Cicakman 3
Assalamualaikumm..
Sejujurnya aku bukanlah peminat tegar filem melayu. Kalau di pawagan antara cerita english ngan melayu aku prefer english lah. Bukan ape sebab filem melayu dah tao nanti mesti keluar kat astro :p  . So demi ibu tercinta, aku gagah jugak pi tengok cite ni. *padahal eksaited jugak nak gi tengok.
Sinopsis
Cicakman 3 menceritakan Man (lakonan Zizan Razak) seorang suami kepada Linda (Lisa Surihani) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai. Masalah rumah tangganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero. Namun kehadiran superhero Super-Bro di Metrofulus telah menggugat kedudukan Cicakman.
Untuk keseluruhan cerita ni ok lah bagi saya. Terutama bab yang kelakar2 tu. Yang action tu kureng sikit. Bagi saya lah, untuk orang lain mungkin ok kot. huhu. But thats ok, atleast ada lah kelainan sikit cite melayu kita, takdelah terikat dengan cite seram je. And the other thing is, baju cicakman dah takde six pack lagi. So nampak lebih kemas. huhu.
Good job.
Btw, kebetulan cicakman datang alamanda,shoping baju mungkin. whahaha. Eksaited kemain anak buah aku tu. Ape lagi? korang g la tengok. eehehhee
mari sini sekejap :)
Wednesday, March 18, 2015
Secret Place
Assalamualaikum..
Buat ape tu? Goreng ayam ke? ekeke. Lately aku macam stress sikit sebab bebanan kerja yang maha dasyat. Aku pi kklinik doktor cakap aku low blood pressure. Haih kalau pitam agak bahaya okey. Kawan akak aku ayah dia tetiba pitam teros meninggal, puncanya low blood pressure. Seramm hokeeyyy, hee mintak jauh lah..
So disebabkan husband outstation, aku ajak lah akak aku pi merayau-rayau putrajaya. Jeng Jeng jengg.. Jumpa tempat ni. Heee. Cantikk gilaa. Ade lagi satu side tu (tak sempat amik gambor sebab dah magrib) lagi lawa sebab nampak putrajaya.
Aku tak sangka pulak ada tempat lawa cmni. Subhanallah.. Ok thats it. Dah jadi tempat rahsia. Lepas ni ajak husband lepak sini tenangkan fikiran. Nanti kalau aku dapat amik gambar satu side lagi tu aku share dengan korang eh..
Cite kite pendek je arini. Share sikit secret place korang? hehe
Tuesday, March 17, 2015
Instant shawl
Assalamualaikum..
Sebenarnya mood untuk menulis pasal instant shawl ni membuak-buak sebab sekarang aku tengah dok jakun pakai instant shawl ni. kikiki. Terasa nyaman ubun-ubun kepala iolls. huhu.
Ok kalau perasan ada entri aku yang sebelum-sebelum ni aku cerita pasal anak tudung kan. So harini aku nak jugak cerita lagi berkaitan dengan tudung jugak. Bukan apa, tudung dengan wanita kan berpisah tiada. hehehe.
So nak diceritakan sebelum ni aku suka pakai shawl yang crumple2 tu. Bukan apa aku adalah sejenis makhluk yang tak suka iron tudung. Baju banyak-banyak aku sanggup iron, tapi tudung je aku automatik jadi pemalas ya'amat. Itu bukan lah satu masalh besar lagi selepas aku pakai shawl crumple. Tapi yang menjadi tragedi adalah pabila orang ofis tegur kenapa tak iron tudung -,-   . Nak jawab cano tu? ahaha. Kang cakap trend shawl ni memang crumple iaitu komot yang sememangnya takyah iron, takut dia termalu sendiri lalu mencampakkan diri ke parking kereta. Lalu aku amik keputusan untuk senyum dan diam . ...............
So aku pun cari ikhtiar. Tetiba aku tengok ibu and angah aku pakai tudung yang eh apesal kemas semacam. Dan setahu aku ibu tak pakai shawl. Aku selidik lah pelagi. Rupanya depa pakai instant shawl neelofaR...... Idok ler makainya wajah bertukar menjadi neelofa, cukup sekadar fefeling iras neelofa. gituww. ahahaha.
Aku suka tudung neelofa sebab kainnya sejuk pastu elok je terletak. Tapi sebab tak gaji lagi. aku pegi CK rahim (again) untuk cari instant shawl yang cenggitu jugak.. Alhamdulillah adaa. tak lah sama macam kualiti dan rupa paras tudung neelofa, tapi boleh lah pakai sementara nunggu duit gaji. bhahaah. Terdesak sangat hahaha.
So ape lagi instant shawl yang best yang korang pakai? Share sikit. ahaks
Ibu and angah kat belakang tu pakai instant shawl neelofar, warna kelabu. aku? shawl h&m yang crumple tu.
Instant shawl CK RAHIM
mari sini sekejap :)
Segmen Follow Back Kisahati Wanie
Assalamualaikumm..
Haa jangan lah jemu sesungguhnya aku sangat teruja untuk join segmen-segmen cmni. ehehe. Lagi satu ini salah satu jalan untuk bantu cik wanie bagi dapatkan balik follower blog lama dia yang telah dijangkiti virus. Jum kawan-kawan kita follow segmen ni.
Syarat segmen ni macam biasa..
2). Buat entri "Segmen follow back Kisahati Wanie"
3). Tampal banner ni dan backlink kan ke entri ni
4). Komen dan pastekan url entri dalam ruangan komen dalam entri ni.
5). Jangan lupa mention korang follower ke berapa
Terima kasih kepada yang sudi support Wanie
Segmen berlangsung sehingga 31 March 2015
Keputusan akan diumumkan pada 1 April 2015 insyaAllah..
3 hadiah misteri untuk pemenang bertuah..
mari sini sekejap :)
Sunday, March 15, 2015
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu
Assalamualaikum...
haa sejak kebelakangan ni rajin benor aku nk bersegmen segmen. ekekeke. Jemput join semua... Syarat nye mudah je, meh baca sampai habis.
syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe
segmen ni ayu kasi masa lama sikit la...hehe..hingga hari ISNIN 23/3/2015 jam 10.00 malam
Ok kengkawan dah baca syaratnye, jum kita pakat tengok blog cikgu ayu yang comel ni eh. Nah sini aku sediakan link nya  http://www.ayuinsyirah.my/2015/03/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html
Enjoice :)
mari sini sekejap :)
Thursday, March 12, 2015
Assalamualaikumm...
hahh cakap pasal cinderella mesti kita dah terbayang perwatakan die yang lebut, baik, penyabar and paling penting sangat cantik. Huhu.  So sempena malam tadi ialah malam first tayangan cite cinderella, jadi aku memang lah antara org paling excited. Siap countdown dgn anak buah nak tgk cite tu. Huhu. So awal2 dah suruh abang ipar aku belikan tiket online, yelah aku dari ofis idok ler sempat nak membelinye. Huhu.
So kesya awal-awal dah siap excited nak g. Eh sebelum pergi tu sempat lah beli fizo omar punya burger kat bangi. hmmm not bad la burger die. Ade masa nanti aku cite pasal burger die eh. Ehehe
Bapak kesya dan burgernya. Comercial sgt pegang burger gituw. Ahaks
So lepas maghrib berdesup aku, suami ngn kesya pegi alamanda. Nasib bek alamand sekangkang kera cuma,kalau dak memang takde de nk pi last minit cmni.
So sampai2 wayang nasib baik la cite x start lagi. Tp yg peningnya iklan bukan main lame. Siap ade frozen fever punye cite lagi. Even sekejap cukup buat excited aku merundum, eventhough aku suke gak layan frozen. Ehehe.
Ok cite start. Memang best. aku suka perempuan yg berlakon ni. Aku malas la nk tulis sinopsis panjang2, so kite random2 eh. Ok kembali pada cite. Cinderella ni nama sebenarnye bapak die bagi adalah ella. 'ella rase' *flip hair. Ahaks. Takla. Ok ella ni as everyone knows memang bahagia mse kecik, mak bapak die baik. Sampai la emaknye mati. Jadi mak die sempat berpesan suruh berani kan diri and be kind. So lepas mak die mati masr die dah besar bapak die pun mintak la kawin lain. So selepas tu punya cite mesti lah korng dah tao.
Curik-curik amik gambo dalam wayang.
ok so here, 6 sebab cinderella sangat magical and semua orang wajib tonton
1) chemistry antara 2 pelakon ni sangat menjadi. prince kit dalam ni sangat lah kacak dan soft spoken dan sweet. Mata biru dia buat rasa nak pandang lame2. And sesuai lah dengan cinderella yang muka dia manis2 gitu. So masa ade scene dorang je aku mula la senyum2 sambil pegang tangan husband. Muahahaha.
2) Cate blanchett menjadi betol muka mak tiri yang cantik tapi evil gila. Memang setiap scene dia perfect!
3) kostum cinderella tersangat lah cantik dan sangat fairy tale. Akak sukee nokkk. Ekekeke. Bukan takat baju cinderella, tapi castle, kereta kuda. Ahhh everything is so perfect and so fairy tale.
4) fairy godmother die pon xde la lawa sangat tapi kelakar la. lagi2 masa die kasi kasut kaca tu kat cinderella, siap cinderella repeat lagi ckp kat tikus2 die. "And you'll find they're really comfortable."
5) setiap binatang2 memang sebijik sebijon dia amik dari cinderella asal. Burung biru yang terbang tu, the lizard, the goes and ofcourse tikus die yg paling die syg "gus-gus"
Tikus comel je jadi kuda
6) Everything in this film is perfect. so there's no reason not to love cinderella. Ekekeke
p/s harini aku pun fefeeling princess muahaha
Baju dari nile.com
mari sini sekejap :)
Segmen Bloglist by JINDRISSKA
Assalamualaikum...
Jom join. Syarat dia mudah jee. ehehehe. Ape lagi. Jum lah. ekeke
• Follow blog Jindrisska.blogspot.com & bagitahu korang follower ke berapa
• Buat satu entri bertajuk ''Segmen Bloglist by JINDRISSKA''
• Pastu letak banner spongebob ni & back link ke sini
• Pastekan link/url korang dekat ruangkan komen entry ni.
SEGMEN TAMAT 19/03/2015
p/s Harap-harap terpilih lah :p
mari sini sekejap :)
Tuesday, March 10, 2015
Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15
**Sticky Post #1**
Assalamulaikum & Salam sejahtera gais. Pencarian Bloglist & Blogwalking untuk blog Rafzan Tomomi Story '15 kini bermula! Ini merupakan segmen pertama saya dalam dunia blogging ni, dan sebahagian dari MISI 1,000 Followers saya hee. Sempena kali pertama ni saya hanya mampu buat Segmen dulu, kalau ada rezeki akan buat Giveaway plak yer. Jadi saya harap ramai blogger dapat support yer :). Segmen ini akan berjalan mulai 1 Mac 2015 (Ahad) hingga 31 Mac 2015 (Selasa) Jam 8.00 Malam. (Asalnya 1 Mac 2015, tapi entri publish awal, so siapa join 28 Februari 2015, korang memang awesome!) Syarat-syarat mudah saje :
• Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni. (WAJIB)
• Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] )(WAJIB)
• Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15(WAJIB)
• Follow Instagram [rafzantomomi
• Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi(WAJIB)
• Klik ler iklan Nuffnang tu . :D
• Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :
Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)
Syarat-syarat mudah saje :
Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni.
Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] )
Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15]
Follow Instagram [rafzantomomi]
Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi]
Klik ler iklan Nuffnang di blog ni. :D
Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :
Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini.
15 URL blog akan dipilih (3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui random.org) dan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST". TOP 3 akan ada special banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jom support kawan-kawan :)
• Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini
• Peringatan : Kalau link URL ada tapi entri takde itu dikira "disqualified"(sebab pernah ternampak kat segmen blog blogger lain sebelum ni). Sila jujur ya. :)
Mudahkan? 15 URL blog akan dipilih (3 saya sendiri akan pilih dan 12 lagi akan dipilih melalui random.orgdan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST"TOP 3 akan adaspecial banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jangan lupa nakblogwalking sekali okey dan dapat la kenal-kenal blogger lain kan? hee Terima kasih sebab support saya. :)
anak tudung
Asslamulaikummm..
Berkenaan tajuk diatas, hee mesti semua org pun tahu tentang anak tudung bukan? Ia memang anak tudung bukan lah sejenis anak ikan, anak ayam dan seangkatan dengannya. Rata-rata org perempuan ni memang kena pakai anak tudung sebab takut lah kalau2 tengah makan rambut yang kerinting boleh terjatuh ke dalam nasi goreng. Atau pun dok tolak-tolak rambut kedalam sampai rasa nak tercabut tudung di buat nye. Hehehe.
Tapi lain pulak aku ni ha. Aku ni sejenis yang tak boleh nak pakai anak tudung. Bukan aku taknak tao, tapi tak boleh :'(  . Migrain serang :'(    . Kadang seronok je tgk orang lain kemas2 pegi keje. Aku ni adehhh sedihh
Gini lah ghope orang tak pakai anak tudung :(
Tapi aku tetibe macam terbukak hati nak pakai anak tudung setelah sekian lama trauma takut diserang migrain bile makainye. Dalam hati berdoa banyak2 semoga cubaan kali ni berjaya. Gituwwwww ayatnye. Huhu.
So aku pun dok tengok2 anak tudung yang zaman2 sekolah punya dulu2. Ala yang cam gatal sikit tu. Ekeke
Mohon pinjam gambar sebentar
Haa yang belah dalam tu. Ehehe. Mulanya memang pejam mata lah mse nak amik tu. Tetiba dari belakang kawan aku tunjuk anak tudung ninjaa. Umangai ape lah tak pernah aku terpkir sebelum ni. hihi nampak benor tak ikuti arus fesyen semasa. Haha. Aku pegang2 kain nye memang sejuk. Aku tak amik material tebal2 tu, aku amik yang kain die nipis sikit. Ikut tahap kesesuaian migrain kepala den ni ha.
Esok tu pi keje teros semangat pakai. Hahaha. Alhamdulillah allah permudahkan. dah lah murah, kain sedap pulak tu. Sejukkk anak kepala bila pakai. Masyallah punya lah kalau kita nak buat kebaikan tu allah tolong. Yelah sebelum ni kalau pakai tudung bawal, tak pakai anak tudung, secare tak sengaja dah nampak tenguk and anak rambut. Kalau pakai shawl tahan la lagi. Tapi idok ler teman berdaya nak melilit shawl hari2. hehe.
so ape lagi? Mula kn lah jaga kawasan2 yang kadang2 kite terleka untuk menutupnya. Ahaks. . Yelah sebelum terlupe elok kite ingat-ingatkan. Hah lagi satu la nk promote, kalau sesiape pergi CK Rahim korang pegi lah borong tudung atau anak tudung kat situ. Ala mesti korang kenal punya, dia kalau kat jalan tar tu banyak keronsang dijualnye. Untuk tudung harga nya berbaloi and sedap sangat bila dipaikai.
Sambil-sambil menutup aurat kite boleh berjimat. Ahaks :p
Gambar sekadar hiasan 😅😅😅
mari sini sekejap :)
Monday, February 23, 2015
Kerjasama
Hai assalamualaikum blog yang tidak berpenghuni, hihihi
Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan dah aku kahwin. So saje je nak share pengalaman sepanjang sebulan ni. Jangan lah meluat mane lah tao korang boleh amik sikit jadi iktibar ke. haha
First thing first, nak cerita mula mula memang teramat kekok. Yelah sebelum ni bangun pagi kalau cuti teros menonong pi toilet mandi pastu bukak tv, pastu termenung berangan, tao tao je dah tengahari tolong ibu masak sikit2, pastu makan, tengok hindustan, tido balik, solat, bangun, tgk tv, berangan pstu tido lagi. ahhaha sungguh tiada life.  Tapi sekarang semuanya berubah 360 darjah. Gile betol. haha.  Bangun pagi kalau cuti kejot suami, mandi, lepastu tunggu suami habis mandi, jemaah, buatkan sarapan, kumpul baju kotor, eh tetiba suami tolong basuh and sidaikan. kemas rumah, kemas bilik, pergi pasar beli lauk untuk masak. Tanya suami suka makan ape itu ini. Arghhh stress. hahahaha
Sebenarnya semua memang nampak melecehkan. Tapi it depends lah. Macam aku mula2 kena basuh kain, sidai kain, lipat kain. Kau rase?? itu memang benci. haha. Tapi aku bincang balik dengan fazli, macam penat je buat semua benda sorang2. Jadi bermula pembahagian tugas. Dia basuh kain, sidai kain, angkat kain, aku lipat kain. Aku masak, dia basuh pinggan. Aku sapu rumah, dia mop rumah. Aku amik nasi, dia amik air. Nampak mcm sistematik sikit. ahaha. But this is how it works. Kerjasama.
Dari dulu pun aku bayangkan benda ni. Dulu sebelum kahwin pernah jugak aku terpikir nak jadi solehah habis, nak pulun buat semua kerja. Tapi aku kerja, esok2 ade anak boleh mati keras aku semua aku buat sorang, suami duduk je dah terbiasa wife buat. So aku tukar arah fikiran, nak semua husband aku yang buat. Tapi aku tak sampai hati, mulia sangat husband aku. hahaha. Aku tak berani nanti aku pijak kepala. Kesian aku memang tak sampai hati. So last-last aku fikir kena teamwork. Lagipun dah kawin bukan nya You and I tapi lebih kepada Us.
So mmang happy, alhamdulillah. Aku tak penat, dia tak penat, aku penat, dia penat. ok kan? haha
Oh btw, aku pun belajar dah dari mak mentua masak lomak cili api. Aku cuba belajar sebijik sebijik aku tiru sebab aku nak suami aku suka, yelah itukan makanan kegemaran dia dari kecik.But so far, dia tak cerewet pun. Tapi aku biasa lah emosi semua nak perfect, cara potong bawang pun nak cantik je.Aku annoying, ye tao.. hahaha.
So that's it. Aku masih baru lagi dalam hal rumahtangga ni. Masih lagi bertatih nak kenal suami aku, keluarga mentua. Nak dia selesa dengan family aku, masakan aku, diri aku. it takes a lot of afford. But im happy.
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :')
"Sampai syurga ye sayang"  "Ye, sampai syurga"  :)
mari sini sekejap :)
Wednesday, February 11, 2015
Assalamualaikumm....
Alhamdulillah minggu lepas selesai sudah majlis disebelah pihak aku. Semuanya lancar. Tapi sampai ke harini aku masih lagi terkilan. KErana baju kahwin ku. Huhuhu. Niat aku bukan nak burukkan butik tersebut, tapi sebab rasa terkilan ni macam tak tao dah arah nak ditujukan. huhuhu.
2 minggu sebelum majlis aku memang tak berapa nak berkenan dengan baju yang aku dapat. Bayangkan lah, lain yang aku minta, lain yang aku dapat. Bila aku tanya semua lah tak siap lagi, 2 minggu sblm bru siap. Bayangkan lah nak alter memang takkk lah kan.... hmmmm.
Gambar kat atas ni ilustrasi atau gambaran baju yang aku nak. Tapii...... yang aku dapat......
Mula-mula aku memang request untuk dia pendekkan sama macam gambar yang akumintak. Tapi orang butik cakap haa dah okey ni, dah okey sangat. Bayangkan sorang bercakap dengan 3 orang. Memang tak fair. Tapi hari kejadian aku memang dah redha, orang nak keji baju aku ke, tudung aku kee aku tak kisah dah. Sebab hari bahagia aku... Even aku masih rasa terkilan tapi aku nk terima kasih sesangat dekat cameraman aku yang sangat hidupkan balik aku punya semangat. Eventough sampai ke harini orang masih mengeji makeup dan baju aku, tapi aku pasrah :'(   . Takpe kesedihan tu takde terasa sangat sebab kebahagiaan aku dapat 300 juta kali ganda. Allah kasi aku suami yang sangat-sangat penyanyang. And Allah kasi cash :')
And i keep reminding myself, ini semua duniawi. Maybe something yang lebih cantik akan datang lepasni, who knows.
So harapnya korang kalau nak survey butik kena lah betol2, even murah tapi tak lawa dan menyakitkan hati hmm tak guna jugak kan?
Dalam menghadapi saat-saat macamni sokongan keluarga, sahabat dan suami memang sangat diperlukan. And alhamdulillah, diorang sangat sabarkan aku :')    . Tanpa diorang tak lancar lah majlis aku, alhamdulillah. Syukurr :')
So enjoy my wedding picture..
Credit to http://ohsem-peaktures.blogspot.com/
mari sini sekejap :)
Tuesday, January 6, 2015
Moga dipermudahkan
Assalamualaikum...
Hai . Nothing much nak share harini. Keadaan kesihatan tak mengizinkan kan. Uhuk uhuk.
22 hari lagi sebelum hari nikah. Waaa debornyaaa. Preparation macam ada takde je. huhu. Siap sempat lagi nak join tempat kerja pergi buat Kuala Krai. Tapi ramai yang tak kasi, darah manis katanya. So sad :'(
Tapi apa yang paling sedih, bila kerja ditempat kerja terlalu membebankan sampai tahap 2 hari aku migrain. Haih. Malam tadi datang lah si migrain ni, menahan jela sepanjang malam. Sekali esok pagi bangun, gigi berlubang pulak. Pergi kerja senggugut pulak. Waaaa menagis pilu daku di tepi pintu.
Sabar sabar dugaam ni. Tapi aku gagah jugak malam tadi gunting nama untuk lekat dekat kad kawin. Minggu depan dah start nak edar dah. Dalam pada tu sempat jugak lah mikir pasal dayang-dayang kesayangan tolong depa nak beli baju kat mana. Itu belum lagi yang tak respon -..-
Actually aku terfikir untuk lari sikit dari kebiasaan. Aku cadangkan bridesmaid aku nanti akan pakai baju berbeza warna.
haa macam ni
Lepas tu masa aku berarak aku nak depa baling bunga lah kat aku. Ceh feeling garden sangat. padahal rumah aku dikelilingi tanah dan jalan tar je pun. Hehehehe.
Aku harap aku takdelah jadi bridezilla on my wedding day. Kang tak memasal sume memboikot. Hahaha.
Hai pape pun may allah ease my plan. Insyallah aminnn.
mari sini sekejap :)
Thursday, January 1, 2015
Assalamualaikum...
Hai olls..
Nampaknya 2014 telah  melabuhkan tirainya, eloklah kalau kita buat perkara-perkara throwback sikit. Hihihi. Yela bukan apa nanti tahun depan boleh lah ketawa bila tengok sendiri.
Tapi entri aku macam biasa lah takde nak meriah sangat dengan gambar sebab aku bukanlah sejenis manusia yang rajin mengambil gambar. padahal hp aku pecah tak sempat copy semua gambar dalam laptop. Kah!.
Jadi apa lagi, jum kita ZOOM IN!!
Untuk awal tahun, refer from my previous entri yang tidak bertajuk itu, aku ada lah tulis serba sedikit tentang aktiviti yang aku buat sepanjang 2014.. Bukan lah gah mana pun tempat aku pergi. Tapi untuk diri aku sendiri itu memang priceless moment yang aku kenang lah sampai bila-bila, gituwww ayatnya.
Awal tahun 2014, aku dengan family aku follow pakcik aku punya rombongan yang ala-ala cik kiah tu. Kah! Destinasinya adalah surabaya.  Wehuuu. Jarang orang ke tempat macamni sebab tempat ni tidak lah begitu sesuai untuk bershoping. Tapi untuk acah-acah hipster dengan membawa camera jenama Nikon/Canon boleh lah ke tempat ini. Kehkeh
Hari pertama memang berjalan-jalan sakan untuk mebeli-belah sedikit. Agak bertuah kerana sepanjang dekat sana cuaca memang romantik gituw, sejuk-sejuk je.  Tapi esok pagi tu dalam pukul 3 pagi kitorang dah gerak untuk ke Gunung Bromo. Perghhh penat semalam tak hilang dah ganti pulak bangun pagi untuk mendaki gunung. Dengan cuaca sejuk gila! Perghh gigil bhai.
Credit google siket
Ni gambaran serba sedikit Gunung bromo. Cantik tak kak tonn??
Haa gigihkan aku, walau kaki ketaq sebab kesejukan dicampur adukkan dengan perasaan gementar sebab first time naik kuda tetap kasi senyum. Untuk yang nak ke Bromo actually idok ler teman membawa jaket sejuk setebal itu, tapi tu semua hotel yang sewa kan. Tapi dekat sana pun memang akan ada cowok-cowok yang  menjual glove dan muffler scarf. Feeling oversea sangat duduk sana bercakap terkeluar-keluar asap. wahaha.
Gambar kat atas ni dah last day aku kat sana. Haruslah ke kebun buah mereka. Haaa poyo mengutip segala buah, end up letak balik sebab takkan nk bawak balik malaysia epal yang dah kecut. Aduhh keji sangat perangai. haha..
Ok lah, itu pengalaman ke Surabaya, Indonesia. The next 2 month aku ke Langkawi. Jangan lah muak mendengar perkataan langkawi, kerana ini merupakan aktiviti pertama aku. Berkayak di langkawi. Perghh bayangkan lah nak berkayak dekat lautan yang luas. Tak pernah tercapai dek akal ku. Pergi pulak dengan orang ofis tapi berbeza jabatan. Haa tak keras lidah nak bertegur sapa. ehehe
Haa nampak. Haruslah eksaited lepas berkayak, sampai orang belakang rasa nak tendang kami. Ahahaha.
Untuk tahun ni jugak aku jadi tunang orang. Hahahaha malu seh cita bab ni. Yelah kisah cinta aku takde lah agung dan begitu mengujakan. Boring dan suam-suam kuku je hubungan kitorang, nak-nak tak sampai setahun kenal dah tunang pastu hujung bulan Januari ni nak kahwin dah. Umangaiii copek bonarr.
Sebenarnya banyak lagi benda-benda menarik yang terjadi. Tapi masa terlalu pantas berjalan sampai nak hambik gambar pun tak sempat, KAH!
So azam aku untuk tahun baru ni untuk menjadi pekerja yang lebih sistematik dan lebih teliti, untuk menjadi anak yang solehah dan rezeki yang melimpah so that aku boleh bawak parents aku bercuti, hihi. dan yang paling penting nak majlis aku berjalan dengan lancar dan akuboleh jadi isteri solehah. Aminnn..
So apa azam korang? nak tao jugak, hihi..
mari sini sekejap :)
Thursday, December 25, 2014
Hai assalamualaikum...
Harap semua orang dalam keaadan sihat-sihat belaka. Yela lagi-lagi dengan cuaca kita yang tak menentu, haruslah kita jaga kesihatan.
Cakap pasal cuaca, as everyone know sekarang ni dekat kelantan, terengganu, pahang sedang dilanda banjir. Memang sedih tengok keadaan diorang sekarang ni. Paras air makin hari makin naik.
credit to google
Ya allah kesiannyaaa. Paling sedih bila baca satu berita ni, pasal seorang ibu tengah nak selamatkan diri panjat atap rumah sekali anak dia yang baru berusia 2 bulan kalau tak silap terlepas dari pegangan. Masa tu air deras tak boleh dia nak selamatkan anak dia. Arghh i can't imagine how is that feel :'(
Terbaru juga konsert ambang tahun baru juga dibatalkan sempena menghormati mangsa-mangsa banjir. Alhamdulillah lega den dengar. Yela takkan lah orang lain tengah bertarung nyawa kita pulak nak dok happy-happy layan konsert bagai. Alhamdulillah tiada sebarang sambutan tetapi malam cinta rasul serta solat hajat akan dilakukan. Harus pergi ni.
Sebenarnya aku cuma terbayang macam mana kalau 1 Malaysia dilanda banjir, nauzubillah. Takutnya kalau lepas banjir besar datang pulak kemarau panjang. Takpelah ape pun ujian yang diturunkan moga kita masih tak lupa untuk berdoa kepada allah dan berlindung dengannya.
Sempena hari jumaat yang mulia ni, Surah al-kahf jangan kita lupa baca serta doa kepada mangsa banjir juga kita selitkan. Moga-moga kita sentiasa berada di bawah rahmat allah s.w.t
mari sini sekejap :)
Sunday, December 21, 2014
PART-TIME
Assalamualaikum blog yang berhabuk lagi tidak fofular.
Adoi aku kan kalau nak start menaip ni mula la nerves semacam, tangan pun sejuk2. mihmihmih. poyo je.
Tinggal lagi sebulan je sebelum majlis. Dah siap prepare ke tu fayyadhah oii? ahaha. Ok sebenarnya bukan pasal tu aku nak cite. Bosan la kenn kalau dok cite benda tu je.
Ok aku sebenarnya dah lama tao nak cari kerja partime ni. Tapi bila time je nak pergi kerja, syaiton mula lah hasut-hasut suruh sambung tidur. fuh menduga betul. Banyak kali jugak jadi sebenarnya.
Aku ni saje je carik keje partime, yelah keje aku kat ofis pun bukannya menggunakan kudrat aku sepenuhnya. Ade keje busy la, takde keje melangut aku depan komputer. Hah macam sekarang nilah. hihihi. Haritu ada sekali aku call sushi king, konon nak buat parttime sabtu ahad lah. Dah call HQ bagai dah ni. 1 hari aku senyum setaman punya seronok nak keje partime. Siap kira hari lagi nak sampai hari sabtu. Pejam celik je tetiba dah sabtu. Biasa la subuh je lepastu mula termenung atas katil. Terdiam kejap.... hmmm. ok bangun jap lakukan yang wajib. Dah sudah duduk kejap. hmmmm ... mata mula memberat, rasa macam di dodoi-dodoi je. Last2 aku tertido balik, bangun2 dah tengahari (ciss bangun kemain lambat lagi). Pastu poyo tersedar buat-buat nyesal sbb tertido balik lepas subuh. PUIHHHH sangat perangai..
Lepas kejadian malang walang kaliang itu, aku dapat text dari mak sedare aku. "Manje tolong makusu dekat kedai." Tegak kejap kepala aku. Dengan makusu aku ni memang dari dulu aku selalu tolong dia, dia pun jenis tak berkira aku nk dtg keje, balik keje kul bpe. Dia tetap akan bayar. Curlasss sgtt.
Jadi, rezeki jangan ditolak malapetaka jangan dicari. Bangun pagi tu masa bertafakur kejap aku tao dah syaiton akan mendodoi. Eii ikut hati mau je aku azan kuat-kuat dekat telinga dia biar terbakar sume syaiton nir rojim tu. Dengan azam dan tekad aku berdiri teros mandi siap-siap dannn walaahhh aku pegi gak kerja partime aku tu. bhahahaha.
2 hari aku keje ni ok lah. Sebab jenis aku dari dulu memang suka kerja-kerja macamni. Lepastu berangan masa tengah lap meja ada abang kacak muka macam samuel rizal mengorat sambil lepastu aku tunjuk jalan rumah aku untuk dia terus meminang. Bhahaha. Perangai tu perangai sangat, baca dek fazli mampos kena tibai  ahaha. Penat tu jangan cite lah, nak putus urat kaki aku ni berdiri,jalan, macam orang gila. Tapi ahad tu bila dapat gaji fuhh rasa nak cium dahi makusu aku. muahahahaha. Alhamdulillah, cukup lah untuk aku buat isi duit minyak dan lepas makan dekat kantin kak ani yang lauknya sama setiap hari tu :')   .
So setiap orang mesti ada pengalaman kerja partime kan? Hidup ni betul tao, penuh dengan pilihan. Antara nak dengan taknak, dan antara mengikut iman didada atau termakan hasutan syaiton nir rojim yang membencikan. hahaha.
Moga kita semua dipermurahkan rezeki yang halal :') . Rajin lagi yad!!
psst psst mai pekena cendol bakar sat. hihihi
mari sini sekejap :)