Monday, February 23, 2015

Kerjasama

Hai assalamualaikum blog yang tidak berpenghuni, hihihi

Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan dah aku kahwin. So saje je nak share pengalaman sepanjang sebulan ni. Jangan lah meluat mane lah tao korang boleh amik sikit jadi iktibar ke. haha

First thing first, nak cerita mula mula memang teramat kekok. Yelah sebelum ni bangun pagi kalau cuti teros menonong pi toilet mandi pastu bukak tv, pastu termenung berangan, tao tao je dah tengahari tolong ibu masak sikit2, pastu makan, tengok hindustan, tido balik, solat, bangun, tgk tv, berangan pstu tido lagi. ahhaha sungguh tiada life.  Tapi sekarang semuanya berubah 360 darjah. Gile betol. haha.  Bangun pagi kalau cuti kejot suami, mandi, lepastu tunggu suami habis mandi, jemaah, buatkan sarapan, kumpul baju kotor, eh tetiba suami tolong basuh and sidaikan. kemas rumah, kemas bilik, pergi pasar beli lauk untuk masak. Tanya suami suka makan ape itu ini. Arghhh stress. hahahaha

Sebenarnya semua memang nampak melecehkan. Tapi it depends lah. Macam aku mula2 kena basuh kain, sidai kain, lipat kain. Kau rase?? itu memang benci. haha. Tapi aku bincang balik dengan fazli, macam penat je buat semua benda sorang2. Jadi bermula pembahagian tugas. Dia basuh kain, sidai kain, angkat kain, aku lipat kain. Aku masak, dia basuh pinggan. Aku sapu rumah, dia mop rumah. Aku amik nasi, dia amik air. Nampak mcm sistematik sikit. ahaha. But this is how it works. Kerjasama.

Dari dulu pun aku bayangkan benda ni. Dulu sebelum kahwin pernah jugak aku terpikir nak jadi solehah habis, nak pulun buat semua kerja. Tapi aku kerja, esok2 ade anak boleh mati keras aku semua aku buat sorang, suami duduk je dah terbiasa wife buat. So aku tukar arah fikiran, nak semua husband aku yang buat. Tapi aku tak sampai hati, mulia sangat husband aku. hahaha. Aku tak berani nanti aku pijak kepala. Kesian aku memang tak sampai hati. So last-last aku fikir kena teamwork. Lagipun dah kawin bukan nya You and I tapi lebih kepada Us.

So mmang happy, alhamdulillah. Aku tak penat, dia tak penat, aku penat, dia penat. ok kan? haha

Oh btw, aku pun belajar dah dari mak mentua masak lomak cili api. Aku cuba belajar sebijik sebijik aku tiru sebab aku nak suami aku suka, yelah itukan makanan kegemaran dia dari kecik.But so far, dia tak cerewet pun. Tapi aku biasa lah emosi semua nak perfect, cara potong bawang pun nak cantik je.Aku annoying, ye tao.. hahaha.

So that's it. Aku masih baru lagi dalam hal rumahtangga ni. Masih lagi bertatih nak kenal suami aku, keluarga mentua. Nak dia selesa dengan family aku, masakan aku, diri aku. it takes a lot of afford. But im happy.


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :')

"Sampai syurga ye sayang"  "Ye, sampai syurga"  :)





mari sini sekejap :)

8 comments:

  1. woiweee syokk nye dh kawen...moga bahagia till jannah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. weee insyallah aminn . thank you awakk :D

      Delete
    2. weee insyallah aminn . thank you awakk :D

      Delete
  2. bahagia nooo... baru kahwin nih.. seronoklah dia buat tu buat nih... satu pasal rumahtangga yer... kalau malas mengemas... jangan sepah kan... hahahaha... tak kahwin pun senang hidup kalau bukan kaki sepah...

    ReplyDelete
  3. fayadddddddddddddddddddddddddddddddd

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...Tahniah & selamat melayari alam rumahtangga.

    ReplyDelete