Monday, November 2, 2015

A journey to become a mommy

Pejam celik pejam celk dah nak masuk 8 bulan dah usia kandungan aku. Perut kecik je tapi, hihi.. So, last saturday aku dan suami mengadakna doa selamat kecil-kecilan, sempena masuk rumah baru, dan semoga dipermudahkan urusan aku untuk bersalin. Kalau sesetengah orang buat kenduri lenggang perut atau baby shower, but my husband and i choose kenduri doa selamat. And alhamdulillah everything went well. Syukur.

Semua yang datang happy sebab dapat makan sedap2, memang itu yang aku nak, semua yang datang pulang dengan perut yang girang. huhu. But unfortunately aku lupa betol nak ambil gambar secara detail untuk letak dalam blog ni. Busy betol sampai tak sempat lah. Tapi takpe lah kan as long as semuanya berjalan dengan lancar. Hujan pun alhamdulillah makin reda dipertengahan majlis.

The thing that i wanna share here is about my happines. Haritu ada lah duduk borak2 dengan husband, tetiba aku sebak sendiri, nagis teruk2 punya. Its not because im sad, it is because i am so so so happy. Im so happy. Alhamdulillah sepanjang aku mengandung kali ni segala macam kebaikan yang aku terima. Ibu dengan ayah aku banyak bertungkus lumus bantu kelancaran majlis, siap depa sponsor macam-macam hihihi. Cakap aje nak makan apa memang diorang bawak lah. Ade sekali tu suami aku kena balik kampung sebab nak ambil exam (my husband is a part-time student) so sebab jumaat tu aku keje x dapek lah den nak ikut suami den. So i stay with my parents. Trust me, aku tido sekatil dengan diorang, tido tepi lah tapi. hahaha. Teringat zaman masa belum kahwin, ganggu dorang malam2 sebab nak tido ngn dorang hehehe oh how i miss :') ..

Adik beradik aku pun tak kurang jugak, suka beli or masak amacam2 ikut kehendak aku ni. Al maklum lah aku sekarang ni tak fikir lain da, fikir makan je huhu. The best thing is pasal mak mertua, alhamdlulillah mak mertua aku memang baikkkk gile. Jangan harap lah sekarang ni aku dapat basuh pinggan kalau dia ada, habis selori dia basuh. Tu blm kain baju habis dia basuh lipat sekali. Macam2 lah makanan and buah2 yang dia bekalkan dari kampung, terharu sangat, blend kan cili sekali utk stok sebulan. Baikk gilerrrr rasa disayangi tao. BErtuah jugak aku ade sahabat2 yang tak jemu2 bagi sokongan dekat aku, bagi ayat2 yang buat sejuk hati aku. Xde condem2, siap excited nak tgk perut aku. Malangnya my baby is sleeping, hujan sedap tido woooii. hahaha.

Paling paling buat aku tersangat lah bahagia, sebab punyai suami yang membahagiakan. Perghhh ayat nak jiwang. haha. I never tell this to anyone, but i just wanna share this thing to my blog, so that one day my son/daughter will read this. So they know bapak diorang bapak punya baik. Dia orang paling bersabar melayan karenah mood swing aku ni, bile aku marah2 die boleh gelak2 lagi, hmm nak marah pun tak jadi, hadoii. haha. Nak makan ape pun aku sebut terus bawak, even aku tao poket kitorang bukan berduit sangat pun, tapi die usahakan jugak sampai dapat. Ape aje kehendak semua die penuhkan. Kadang rase bersalah jugak, tapi time ni jelah boleh buli kan? hahaha. Malam2 tu aku selalu tao kena simpul biawak (krem kaki) sakit wooo. macam kena tarik urat besar kat betis, ape lagi tangan jela mampu tumbuk2 utk kejut hihihi. terbangun orang tu terus urut, haihh legaa. Aku boleh lagi sambung tido dia yang sebok dok selimut kan aku balik urut2 lagi. haihh.

Entah lah kadang rasa tak layak je untuk semua ni. Kebaikan apa yang aku lakukan sampai Allah tu benarkan aku rasa bahagia macam ni. Dikeliling dengan orang yang sangat-sangat hargai aku. Alhamdulillah syukur..

And im very2 sure, all of this because of my baby. He is so special sampai sume orang jadi sayang dekat mama dia. Thank you baby, mama memang tak sabar nak kamu keluar. Nak kamu rasai bahagia yang mama rasa :')  . Terima kasih baby sebab sudi duduk dalam rahim mama yang tak seberapa ni. Mama memang tak sabar nak tunggu kamu keluar, nak dengar tangisan kamu yang comel tu. hihi. Thank you Allah...

p/s btw khamis ni aku pergi cameron hokey, akhirnya. Thank you suami tercinta merealisasikan impian mak buyung. kehkehkeh












mari sini sekejap :)