Thursday, January 1, 2015

Assalamualaikum...

Hai olls..

Nampaknya 2014 telah  melabuhkan tirainya, eloklah kalau kita buat perkara-perkara throwback sikit. Hihihi. Yela bukan apa nanti tahun depan boleh lah ketawa bila tengok sendiri.
Tapi entri aku macam biasa lah takde nak meriah sangat dengan gambar sebab aku bukanlah sejenis manusia yang rajin mengambil gambar. padahal hp aku pecah tak sempat copy semua gambar dalam laptop. Kah!.

Jadi apa lagi, jum kita ZOOM IN!!

Untuk awal tahun, refer from my previous entri yang tidak bertajuk itu, aku ada lah tulis serba sedikit tentang aktiviti yang aku buat sepanjang 2014.. Bukan lah gah mana pun tempat aku pergi. Tapi untuk diri aku sendiri itu memang priceless moment yang aku kenang lah sampai bila-bila, gituwww ayatnya.

Awal tahun 2014, aku dengan family aku follow pakcik aku punya rombongan yang ala-ala cik kiah tu. Kah! Destinasinya adalah surabaya.  Wehuuu. Jarang orang ke tempat macamni sebab tempat ni tidak lah begitu sesuai untuk bershoping. Tapi untuk acah-acah hipster dengan membawa camera jenama Nikon/Canon boleh lah ke tempat ini. Kehkeh

Hari pertama memang berjalan-jalan sakan untuk mebeli-belah sedikit. Agak bertuah kerana sepanjang dekat sana cuaca memang romantik gituw, sejuk-sejuk je.  Tapi esok pagi tu dalam pukul 3 pagi kitorang dah gerak untuk ke Gunung Bromo. Perghhh penat semalam tak hilang dah ganti pulak bangun pagi untuk mendaki gunung. Dengan cuaca sejuk gila! Perghh gigil bhai.

Credit google siket

Ni gambaran serba sedikit Gunung bromo. Cantik tak kak tonn??



Haa gigihkan aku, walau kaki ketaq sebab kesejukan dicampur adukkan dengan perasaan gementar sebab first time naik kuda tetap kasi senyum. Untuk yang nak ke Bromo actually idok ler teman membawa jaket sejuk setebal itu, tapi tu semua hotel yang sewa kan. Tapi dekat sana pun memang akan ada cowok-cowok yang  menjual glove dan muffler scarf. Feeling oversea sangat duduk sana bercakap terkeluar-keluar asap. wahaha.





Gambar kat atas ni dah last day aku kat sana. Haruslah ke kebun buah mereka. Haaa poyo mengutip segala buah, end up letak balik sebab takkan nk bawak balik malaysia epal yang dah kecut. Aduhh keji sangat perangai. haha..

Ok lah, itu pengalaman ke Surabaya, Indonesia. The next 2 month aku ke Langkawi. Jangan lah muak mendengar perkataan langkawi, kerana ini merupakan aktiviti pertama aku. Berkayak di langkawi. Perghh bayangkan lah nak berkayak dekat lautan yang luas. Tak pernah tercapai dek akal ku. Pergi pulak dengan orang ofis tapi berbeza jabatan. Haa tak keras lidah nak bertegur sapa. ehehe




Haa nampak. Haruslah eksaited lepas berkayak, sampai orang belakang rasa nak tendang kami. Ahahaha.

Untuk tahun ni jugak aku jadi tunang orang. Hahahaha malu seh cita bab ni. Yelah kisah cinta aku takde lah agung dan begitu mengujakan. Boring dan suam-suam kuku je hubungan kitorang, nak-nak tak sampai setahun kenal dah tunang pastu hujung bulan Januari ni nak kahwin dah. Umangaiii copek bonarr.


Sebenarnya banyak lagi benda-benda menarik yang terjadi. Tapi masa terlalu pantas berjalan sampai nak hambik gambar pun tak sempat, KAH!

So azam aku untuk tahun baru ni untuk menjadi pekerja yang lebih sistematik dan lebih teliti, untuk menjadi anak yang solehah dan rezeki yang melimpah so that aku boleh bawak parents aku bercuti, hihi. dan yang paling penting nak majlis aku berjalan dengan lancar dan akuboleh jadi isteri solehah. Aminnn..

So apa azam korang? nak tao jugak, hihi..









mari sini sekejap :)

No comments:

Post a Comment