Monday, February 23, 2015

Kerjasama

Hai assalamualaikum blog yang tidak berpenghuni, hihihi

Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan dah aku kahwin. So saje je nak share pengalaman sepanjang sebulan ni. Jangan lah meluat mane lah tao korang boleh amik sikit jadi iktibar ke. haha

First thing first, nak cerita mula mula memang teramat kekok. Yelah sebelum ni bangun pagi kalau cuti teros menonong pi toilet mandi pastu bukak tv, pastu termenung berangan, tao tao je dah tengahari tolong ibu masak sikit2, pastu makan, tengok hindustan, tido balik, solat, bangun, tgk tv, berangan pstu tido lagi. ahhaha sungguh tiada life.  Tapi sekarang semuanya berubah 360 darjah. Gile betol. haha.  Bangun pagi kalau cuti kejot suami, mandi, lepastu tunggu suami habis mandi, jemaah, buatkan sarapan, kumpul baju kotor, eh tetiba suami tolong basuh and sidaikan. kemas rumah, kemas bilik, pergi pasar beli lauk untuk masak. Tanya suami suka makan ape itu ini. Arghhh stress. hahahaha

Sebenarnya semua memang nampak melecehkan. Tapi it depends lah. Macam aku mula2 kena basuh kain, sidai kain, lipat kain. Kau rase?? itu memang benci. haha. Tapi aku bincang balik dengan fazli, macam penat je buat semua benda sorang2. Jadi bermula pembahagian tugas. Dia basuh kain, sidai kain, angkat kain, aku lipat kain. Aku masak, dia basuh pinggan. Aku sapu rumah, dia mop rumah. Aku amik nasi, dia amik air. Nampak mcm sistematik sikit. ahaha. But this is how it works. Kerjasama.

Dari dulu pun aku bayangkan benda ni. Dulu sebelum kahwin pernah jugak aku terpikir nak jadi solehah habis, nak pulun buat semua kerja. Tapi aku kerja, esok2 ade anak boleh mati keras aku semua aku buat sorang, suami duduk je dah terbiasa wife buat. So aku tukar arah fikiran, nak semua husband aku yang buat. Tapi aku tak sampai hati, mulia sangat husband aku. hahaha. Aku tak berani nanti aku pijak kepala. Kesian aku memang tak sampai hati. So last-last aku fikir kena teamwork. Lagipun dah kawin bukan nya You and I tapi lebih kepada Us.

So mmang happy, alhamdulillah. Aku tak penat, dia tak penat, aku penat, dia penat. ok kan? haha

Oh btw, aku pun belajar dah dari mak mentua masak lomak cili api. Aku cuba belajar sebijik sebijik aku tiru sebab aku nak suami aku suka, yelah itukan makanan kegemaran dia dari kecik.But so far, dia tak cerewet pun. Tapi aku biasa lah emosi semua nak perfect, cara potong bawang pun nak cantik je.Aku annoying, ye tao.. hahaha.

So that's it. Aku masih baru lagi dalam hal rumahtangga ni. Masih lagi bertatih nak kenal suami aku, keluarga mentua. Nak dia selesa dengan family aku, masakan aku, diri aku. it takes a lot of afford. But im happy.


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :')

"Sampai syurga ye sayang"  "Ye, sampai syurga"  :)





mari sini sekejap :)

Wednesday, February 11, 2015

Assalamualaikumm....

Alhamdulillah minggu lepas selesai sudah majlis disebelah pihak aku. Semuanya lancar. Tapi sampai ke harini aku masih lagi terkilan. KErana baju kahwin ku. Huhuhu. Niat aku bukan nak burukkan butik tersebut, tapi sebab rasa terkilan ni macam tak tao dah arah nak ditujukan. huhuhu.

2 minggu sebelum majlis aku memang tak berapa nak berkenan dengan baju yang aku dapat. Bayangkan lah, lain yang aku minta, lain yang aku dapat. Bila aku tanya semua lah tak siap lagi, 2 minggu sblm bru siap. Bayangkan lah nak alter memang takkk lah kan.... hmmmm.




Gambar kat atas ni ilustrasi atau gambaran baju yang aku nak. Tapii...... yang aku dapat......


Mula-mula aku memang request untuk dia pendekkan sama macam gambar yang akumintak. Tapi orang butik cakap haa dah okey ni, dah okey sangat. Bayangkan sorang bercakap dengan 3 orang. Memang tak fair. Tapi hari kejadian aku memang dah redha, orang nak keji baju aku ke, tudung aku kee aku tak kisah dah. Sebab hari bahagia aku... Even aku masih rasa terkilan tapi aku nk terima kasih sesangat dekat cameraman aku yang sangat hidupkan balik aku punya semangat. Eventough sampai ke harini orang masih mengeji makeup dan baju aku, tapi aku pasrah :'(   . Takpe kesedihan tu takde terasa sangat sebab kebahagiaan aku dapat 300 juta kali ganda. Allah kasi aku suami yang sangat-sangat penyanyang. And Allah kasi cash :')

And i keep reminding myself, ini semua duniawi. Maybe something yang lebih cantik akan datang lepasni, who knows.

So harapnya korang kalau nak survey butik kena lah betol2, even murah tapi tak lawa dan menyakitkan hati hmm tak guna jugak kan?

Dalam menghadapi saat-saat macamni sokongan keluarga, sahabat dan suami memang sangat diperlukan. And alhamdulillah, diorang sangat sabarkan aku :')    . Tanpa diorang tak lancar lah majlis aku, alhamdulillah. Syukurr :')

So enjoy my wedding picture..













Credit to http://ohsem-peaktures.blogspot.com/



mari sini sekejap :)