Wednesday, November 19, 2014

Cara penjagaan kulit secara tradisional

Assalamualaikum ..

Pagi tadi bangun2 tetiba dekat dagu ada 2 biji jerawat. Tiba2 macam seriau tao majlis dah lah nak dekat. Kulit pun kusam, bawah mata takyah cita la memang panda habis. Tpi panda comel apa ada benda hitam bwh mata lah nmpk mata dia bulat, kalau tak mata panda mcm sepet.
Credit untuk google
Haa kan dah kata comel ape? *sedapkan hati. Ahaks. Ok lupakan al-kisah si panda tadi. So perkara-perkara ni lah yang selalu merunsingkan orang-orang perempuan kat Malaysia ni. Aku google gak awat lah minah-minah korea kulit licin bak hangg. Macam kalau semut lalu pun boleh tergelincir.
Sebenarnya mudah aje. Tak perlu ribu-ribu untuk dapat kulit cantik. Yang penting kena rajin. Gituww. So meh aku share sikit tips untuk dapat kulit yang tegang dan berseri. Cewah!

1) Putih telur
    - Aku memang amalkan putih telur ni dari umur aku belasan tahun lagi. Aku rasa putih telur memang masker yang paling memuaskan. Kebaikan menggunakan putih telur ini adalah untuk menegangkan kulit, dan mengurangkan wrinkle bagi golongan yang berumur. Cara dia mudah aje. Asingkan putih telur dan kuning telur, amik yang putih telur tu,then sapu kat muka. Biar dalam 5-10 minit then bilas dengan air biasa. Hasilnya walaaahhh.Nak lagi senang celupkan kapas dalam telur putih tu then tempekan kat muka, Boleh campur madu sikit takde lah rasa nak terkoyak kulit muka tu . eheheehe
Sumber dari google

2) Tomato
- Kebaikan buah tomato memang tak boleh nak sangkal. Ini paling best lah sebab boleh ada 2 kaedah sama ada sapu di luaran atau buat jus then minum. Khasiat buah tomato ni ada banyak antaranya ia mengandungi vitamin A dan vitamin C yang menjadikan antioksidan yang bagus untuk melawan radikal dalam badan. Tomato pun kalau korang perasan dia banyak dijadikan bahan asas untuk kebanyakan produk kecantikan. Ia juga membantu kulit kita nampak segar, cerah dan kemerahan (pinkish gituw) Ahaks. Cara nak buat dia mudah, kalau nak sapu kat muka korang hancurkan tomato tu, its not hancur lah its more tu lenyekkan kot. ahahaha sbb klau hancur nt die meleleh2 sgt nt x bpe nak masker sbb stress kena lap2. Pastu dah lenyekkan or hancurkan korang sapu lah kat keseluruhan muka korang. Biar lah dlm 10 minit then bilas. Wahhhhh refreshing gila ko. Kalah kak ton hengkoo. hihihi.
Google mari

3) Air putih
 - Haaa ramai dah tao banyak kebaikan kalau kita amalkan minum air putih ni. JEnis aku, sejak akhir2 ni merajinkan diri bangun pagi sebelum buat ape2 memang aku togok air putih segelas. Lepastu paksa dari pukul 8-12 tu habiskan 1 botol besar air kosong. Petang 1 botol lagi. Then malam sebelum tidur amik segelas air putih. Ia bukan sahaja buat kita awet muda, kalau yang tengah berdiet memang elok sgt minum air putih ni tao.

Haa kalau cerita pasal kecantikan ni sampai subuh esok pun tak habis. heee. Aku dulu memang sambil lewa je bab2 jaga kecantikan kulit ni. Tapi bila aku tengok kat cermin Maigadddddd tak berseri langsung. ekeke. Jenis aku yg tak pandai bermekap untuk menutup cela ni memang lah kena gagah buat semua ni.

Sebenarnya banyak lagi petua-petua yang aku nak share, tapi sikit-sikit lah. Ntah-ntah yang basic cmni pon korang mls, jgn kate korang aku pn kekadang dtg malas hah lantak hengkooo lah. huhu. Eh btw air wudu' tu pun bagus tao, lagi nur org kata muka tu. So sambil2 jaga kecantikan wajah jgn lupa kecantikan hati, rohani dan jasmani kita. Jgn sebok dok tampal masker sampai lupa isya' tak lagi. No no no. Jaga semuanya. Kan semua ni nikmat Allah S.W.T bagi jadi kena lah jaga dan gunakan sebaik-baiknya nikma ni. Insyallah.

So wait for my next entry yaa. Banyak lagi petua nk share.

xoxo



mari sini sekejap :)

Tuesday, November 18, 2014

Belajar atau Kerja

Assalamualaikum...

Pagi ni aku pergi keje macam biasa. On komputer, selak2 kerja yang terbengkalai semalam,buat sikit, lepastu bukak email, jawab mana2 perlu, lunch, do the same thing lagi, taip report sikit2. ahhhhhh aku bosan!

Seriously dulu masa belajar aku memang sibuk sangat nak kerja. Yela sbb rasa pakai baju kurung cantik2 pergi ofis tu paling best, dapat pakai coat paling cool, makeup tebal2, pakai wedges.. walaahhhh mmg berangan habis. Tapi...... itu sume angan2 aku yang selalu dtg time sebelum tido. Sebab sume angan itu cuma tinggal angan sahaje. wahahahaha.

Cerita die mcmni. Dulu kira-kira 2 tahun lepas, aku dapat interview lah dekat tempat aku keje sekarang n. Dengan position, gaji sume dapat mengaburi mata lah. ahaha. But, at the same time aku dapat offer sambung degree dekat UITM which is memang aku mendambakan untuk ada ijazah. Sebab aku ni bukan kategori orang yang pandai jadi klu ada ijazah takde la nampak sgt ke tidak pandaian aku tu (bahasa ape aku pakai duh).

Then macam biasa stress! ahahaha. takdelah aku memang banyak fikir mana keburukan anda mana kebaikan. Dengan zaman kita yang mana student lepasan U memang agak susah untuk dapat kerja. Bukan ape, sebab org kita sekarang ramai yg dah pandai. Jadi kalau kite yg tak bape nk pandai ni compete dgn org yang lebih hebat pointer serta kokurikulum nya sudah tentu sijil kita akan dipandang sepi. Tapi bersediakag aku dengan dugaan kerja yang akan menimbun serta bergaul dengan orang yang lebih berumur, nak2 kerja aku tu nanti memang banyak kena communicate dgn org. And worse thing is aku dah dapat offer letter dari company aku tu. Which is dah confirm dapat lah. Lagi lah migrain. hmmmmmmmm.
Aku pandang pulak offer letter dari UITM. Impian, itu impian. Nak naik lagi pentas untuk convo, bahagia dia masa tu tuhan saja tahu. Lagi2 nampak muka ibu ngn ayah senyum bangga dari bawah. Ahhhhhh impian.

Tapi keputusan memang kena buat dalam masa 2 minggu. Jadi dengan separuh rela aku lepaskan pergi impian ku :'(   . Aku pilih kerjaya untuk masa depan ku.

It has been 2 years since sume tu berlaku. Memang banyak ilmu yang aku dapat sepanjang kerja kat sini, tak kurang jugak dugaan yg dtg. perghhh kalau hati tak kental boleh mental hokeyy. hahaha. And harini aku tiba-tiba rindu.. rindu dengan impian aku. Aku rindu nak bangun malam2 buat kopi, selak buku, aku rindu nak hafal bacaan sehari sebelum exam which is so not good. jgn tiru. ahaks. To be honest, i miss my old life. Bukan aku menyesal dgn keputusan yg aku buat.. OH itu tidak sekali ya makcik-makcik sekalian. Sungguh tak menyesal. Cuma aku sedikit terkilan sebab impian aku masih lagi terkubur. Thats okay, aku akan sambung juga. One day. lepas semuanya settle, that time aku akan pakai balik kaca mata, tenung buku, masuk dewan periksa, and Convo.

Wait for me my Impian.. Give me another 1-2 years, than we will meet :)

credit to google








mari sini sekejap :)

Monday, September 29, 2014

BILA STRESS



Stress!Tu je yang ade dalam fikiran separa sedar aku ni.. Malam sampai pukul 4 pagi lah tak boleh tido. Stress kalini mengalahkan stress masa nak final exam dekat uitm dulu.Kenapa ni yad?Sempena umur yang makin bertambah, perjalanan hidup pun makin berat. cewahhh ayat tak nak kalah.Tapi betul ape... Kadang-kadang bila pikir pasal stress boleh berubah muka..




Fuh tibe pulak stress rambut jadi blonde mata jadi kaler biru bagai. Propa sangat. Hahahaha. 

Takde laa strss tu biasa lah, sebenarnya yang penting cara kita nak atasi segala stress tu. Kalau strss pastu dok pikir je lelame botak kepale, muke pun berkedut, badan pun busuk. eh? ahahah. So, no no no no... 

So disebabkan aku stress sekarang ni, aku takde lah gila meroyan sampai tahap taknak makan dan terjun bangunan. Aku kan dah matang. wahaha. Jadi seperti biasa time ni lah kite kenal siapa sahabat kiite. Cewahhh.Aku pun dengan pantas capai fon "Wei, vacation please. Stress." dan kawan aku pun confirm reply "Let's" wahaha. See? Aku masih punya sahabat. ahaha. Terus tanya aku nak pi mana. Booking hotel terus okayyyyy. SO next week ma vacation bro. Padehal pd je pon. *thanks fara iloveyou.Lepatu aku masih lagi stress, pegi rumah kawan sorang ni. Dia kawan kepada kawan aku sebenarnya. Tapi aku kan poyo sume aku kawan. 
ehehe. 

So mintak die cerita hindustan kengkonon nak layan feel la..Ahaha.Sampai je, kawan aku ni tanya sikit aku cerita je teros meleleh2 air mata. ahahaha comel je. eh? ahaha. Nagis2 cerita, dia pun willing to dengar and bagi nasihat. ahhh lega rasanya :') Esok tu paling klimaks la, aku tahap stress marah2 orang. Sekali kena sound dengan tunang daaa. "Dah kenapa perangai jadi cmni?" Teros dapat ceramah agama percuma, ahaaha. SO aku pun biasa lah, kan aku tunang yang solehah. Dengar sambil menangis yang gila2 punya, ahahaha. 


Jadi balik tu aku pun duduk diam sekejap. Solat. Ahhh lega. mungkin, mungkin jiwa aku kosong. Banyak sangat syaitan ganggu. Aku kena harus banyak muhasabah diri. Harus!Kadang-kadang hidup ni tka boleh pikir baran sendiri je, baran orang lain pun kena kena tahu juga. ehekk. So, Mungkin dengan cara meluahkan perasaan dekat kawan-kawan, pergi bercuti dengan kengkawan dan cara paling bagus pergi solat. Mengaji sikit. dan paling penting bawak2 bersabar sikit. ehehhee. ok ye, selamat beramal. ehehe


mari sini sekejap :)

Friday, July 18, 2014

Assalamualaikum...
Pagi tadi bangun sahur, bukak whatsapp group adik beradik aku.. Angah aku dia memang bab berita perkembangan dunia memang win.
Its a heartbreaking news. Pesawat MH17 penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di tembak dekat sempadan Ukraine dengan Russia. Lebih tragik ia dipercayai ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara. 

Seramai 299 nyawa penumpang dan 15 anak kapal. Yang paling sedih adalah pelajar malaysia yang nak balik cuti sempena raya minggu depan. Ya allah........ This is sooooo unbelievable. Tapi siapa kita untuk persoalkan tentang takdir? Selepas kes kehilangan MH370  di lautan hindi yang paling dalam 6 bulan lepas,Pergolakan antara Ukraine dan Russia, dan serangan Yahudi laknatullah terhadap penduduk di Gaza. Macam macam terjadi sepanjang tahun ini.

Mungkin ini bala atau ujian kerana allah kasihkan kita? Tetapi semua ni adalah tanda kebesaran Allah s.w.t. Belum terlambat untuk kita bertaubat. Mati mana kita tahu bila, dimana, bagaimana. Semua itu rahsia dan ketentuan dari Allah.

Ahh betapa kerdil nya aku sekarang ni. Tak mampu membantu. Tapi doa adalah senjata. Allah maha mengetahui segalanya.

Moga Allah lindungi semua orang islam dari kesesatan dajal. Moga kita terjauh dari fitnah dunia, fitnah kubur dan fitnah hari akhirat.

Al-fatihah :'(

#prayforgaza  #prayformh17  #prayformh370





mari sini sekejap :)

Thursday, July 17, 2014

WANITA HAID TIDAK TERATUR BOLEH HAMIL

A big YEAY from me. Ok nak cita lah. Lately ni period aku kurang teratur. Mungkin disebabkan stress kat tempat kerja, stress kumpul duit, stress bilik bersepah, stress kereta kemek tak baiki lagi, stress pasal future. Semua pun stress.

Tujuan aku tulis entry ni bukan lah apa. Yelaa untuk penambahan ilmu jugak. ecece... Ok to be honest sebab aku takut laa, sebab majlis kahwin lagi 5 bulan so macam2 preparation kena buat.

Salah satu nya benda ni lah. Sebab aku plan nak pregnant terus lepas kahwin. wakakakakaka. takdelah.. untuk information ajeee.

Wanita Haid Tidak Teratur Boleh Mengandung | Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

  • HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
  • Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
  • Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
  • Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.
Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.
DR Fairuz Ashikin Abd Kadir, pakar perbidanan-
Haa aku copy paste sikit, credit untuk doktor ni yee. Soo chill and take chill pil. muahahha.

p/s: shaklee ade banyak kebaikan tao. hihi



mari sini sekejap :)

Wednesday, June 25, 2014

Engagement

Salam...
Hee malu lah. Sebenarnya dah lambat pon nak update. yelah manenye kabel takleh guna nk transfer gmborr. sabo jelah. Terpaksa guna kaedah email kepada email sndri. hurm hurmm. hehe

Sebenarnya nak ucap terima kasih dekat keluarga, and kawan2 yang banyak bantu melancarkan hari bahagia aku tu. cewahhhh. Sume bertungkus lumus lah, sedih iolls.

Malam sebelum kejadian aku, akak2 aku, dan kawan2 aku tungkus lumus lah siapkan hantaran yang sikit lagi nak siap tu. For information dekat 2 bulan tao nak siapkan hantaran pe sume ni. Ingat senang ke?? *stress. hahaha.

Padahal kejap je, selebihnya dok bergosipp. Ceitt! Dah bila jumpa geng2 malaun tanah kompen lah dekat kul 1 baru tido oiii. Nk bernanah mata baru memasing pasang niat nak balik dan tido. Boooyaaaa -,- dorang sume balik kottt, hahaha.

Pada hari kejadian baru lah debaran tu aku rasa. Pagi2 dah bangun angkat kerusi meja segala bagai. Pagi tu jugak lahhh tukang pasang pelamin tibaaa. bhahaha. Tapi aku memang tabik springgg lah dekat aku punya tukan pasang pelamin ni. Sekejap pon dah siap dan hasilnyaa. ENAKKK ENAKK EHH ENAK ENAK EHHH *joget macam mas idayu. Dalam kul 11 mak andam aii yang lemah gemalai itu pun tibaa.
Ini part aku paling seram. Yelah mane penah aku makeup tebal. Nak2 lak otak aku ni suka bayangkan benda2 negatif. hmmm macam panda la, macam joker lah, badak lah, gajah la. sume lahhh. Tapi hasilnyaaa.... Jeng jeng jengg.

Alhamdulillah tepat pukul 2 family tunang sampai. Oh itu sebak. Masa duduk atas pelamin tu semua kenangan2 lama datang wehhh. Macam mimpi. Mcam eh btol ke? Aku tak pernah terbayang pun semua tu. Padahal dulu halangan banyak kot, antara kuat dengan tak je.  Dan alhamdulillah allah makbulkan doa kami berdua :)  . Terima kasih allah, you are the best ;)

And now im officially Mohd Fazdli bin Abd Razak fiance. And insyallah will be your wife soon. i - - - - you. ((takleh cakap, dah kawin nt baru boleh. haha)










mari sini sekejap :)

Thursday, June 19, 2014

Benci

Bosan dengar bicara kau,
pangkal tiada hujung kelam,
lebih baik kau diam
kata2 mu kosong
durjana!

Kau cuma tahu memerli
kau cuma tahu memaki
sepertinya kau tidak tahu
apa rupa bentuk hati
ah kau!

Cuba aku kata itu
kau benci
cuba aku kata ini
masih kau egois
seperti aku maruah dihujung ibu jari kaki

Bila perlu kau datang jilat kaki
bila tidak
aku kau buang
Cilaka!
















mari sini sekejap :)

Sunday, May 25, 2014

Pendosa

Assalamualaikum blog..

Harini aku belajar sesuatu. Its about "kesabaran." Aku ni dikategorikan orang yang tak berapa nak sabar. Kuat melenting. Cepat marah. And other thing is aku berfikiran yang sangattt negatif.

Bila kena marah dengan bos, sikit2 aku betah jugak ape yang dia cakap tapi aku kawal lah sebab ofis kan. and aku ni sape je. huhu.
Dengan sape2 pun lah. Cepat je nak panas hati.

Then tiba2 aku terbukak blog maria elena, dia cakap tentang sabar. Then i realised, betul lah.. Macam mana allah yang maha besar boleh sabar melihat kita bila mana kita banyak melakukan dosa, bila mana allah sabar dan bagi peluang bila mana kita terlupa akan dia. Haihh. Im such a big sinner. (Ampunkan aku ya allah)

Aku ni kadang2 dah termarah orang rasa bersalah tu tetap ada. Tapi yelah kita manusia tak lari dari kesilapan. Tapi aku tetap akan paksa diri aku untuk sabar. Untuk jadi yang terbaik di mata Allah.

Kadang2 bila jalan2 aku renung jugak langit. Sebak tu nanti mesti datang, kenang balik dosa dosa yang banyak. Tapi allah bagi peluang, allah masih tutup aib kita.

Kebelakngan ni keluarga aku banyak di uji. Dekat situ aku tengok diri aku, betapa jahat sebenarnya aku ni. Haih.

Moga aku sempat bertaubat, moga aku dijauhi fitnah dunia, fitnah kubur, fitnah dajjal .
Lindungi aku ya allah di dunia dan akhirat.

Aminnnn :'(

p/s dunia dah akhir zaman, perbanyak baca surah al-kahfi supaya kita dijauhkan dari fitnah dajjal.

mari sini sekejap :)

Thursday, May 22, 2014

Dag dig Dug

salam,
haii. hmm dalam pada nervous menghitung hari nak bertunang ni. Hati ni terdetik jugak kerisauan yg maha heba. huhu. Bukan ape, baju yang aku beli tu tgh alter lagi. Dah lah over gile baju tu, malu pulak rsenye nk pakai nanti.

Yang paliing aku takut nanti bile kena makeup!! Gile dek non oiii, hakak ni tak pernah kena makeup.Dalam beg makeup aku yg ada cuma stick foundation, bedak compact, lip balmm, eyeliner. Itu jeee.

Point nye sekarang aku ni selalu rase bila dah makeup muka aku jadi lebih hodoh dari azali. What to do???
Haih tu je yg aku nebes. Aku penah je kena makeup tapi xdelah tebal mane. Tp tu pun aku dah rasa muka aku macamm

Umaaangggaiii. omeyy nyee. hahahaha. Ya allah, moga2 xdelah masa majlis aku rupe aku jadi cenggini. Aminnnn.. Hehehe.


mari sini sekejap :)

Tuesday, May 13, 2014

Hai salam semuaa...

eheee. semalam sempena cuti hari wesak, aku pun plan untuk rehatkan diri kat rumah. Bakal nunang pulak bz bantu kakak dia nak settle kan hantaran. Huh majlis nak dekat ni, debor je rase. hehehe.
Tapi bila dah petang sikit jiwa aku pun meronta laaa nak kebosanan. Hahaha.

Soo dengan rela hati bakal nunang pun setuju je nak teman kita tgk wayang. wahaa. Ok cite hantu thailand tak sah kalau tak buat aku sakit meroyan sbb seram ya ampuuunn. hehehe

Umangaiii, tgk poster pun da seram kan? smpi tersiku2 muka orang sebelah, punya lah takot. hahahahha.
Lepas tu kitorang ni kne byk berjimat. Yelah majlis dekat kan? so sekarang nk makan luar kne byk2 kumpul kupon. hehehhee. So berbekalkn beberape ringgit dpt beli air vitagen, dan makan dengan pizza free bersempena dapat kupon. ALhamdulillah :)
So cuti aku spent very well. Thank you sayang <3

mari sini sekejap :)

Wednesday, May 7, 2014

salam all,

Malam semalam aku ditegur ibu tentang cara aku bercakap dengan bakal tunangku (22 days left). Kasar. Kata ibuku.

Sebenarnya aku tahu ramai kawan aku tahu aku memang orang yang kasar, panas baran, kuat sentap semua lah.

Tapi siapa suka jadi itu? Aku dalam proses belajar. Belajar untuk lebih bertenang. Belajar untuk menerima bakal tunangku itu. heeee. But deep deep deep from my heart, aku nak jadi wanita tenang. Yang solehah. yang lembut berbicara. Takpe aku masih bertatih untuk menjadi itu.

Sabarnya bakal tunang aku itu hanya allah yang tahu. Sampai aku risau satu saat dia akan tinggalkan aku sebab perangai aku yang maha annoying ni. hahaha.

Takpe hari hari aku google dan baca cara untuk menjadi wanita yang tenang. hehehehe.

Be patience my dear future husband,
the time will come, where i will be as patience as you :)




mari sini sekejap :)
Salam hai semuaa..

Harini aku nak buat luahan jiwa . Hati aku ni, makin lama makin rasa taknak pergi kerja. Semangat ku takde. Mungkin sebab aku punya bilik duduk sorang2 jauh dari officemate yang lain. So bila duduk sorang2 ni timbul lah perasaan kebosanan yang melampau. Hmmm i should find some entertainment in this office yawww~~~  But in what way?

Should i get married? So that bile ada masa terluang boleh lari pergi ofis husband... heheheh

or should i buy a radio so that  i can turn on the music louder than my emptyness?

hmmmm

Should  i find a new job? new environment that full with joy, laughter, jokes, foods? But in this era, finding a job is 1000 difficult than finding a new boyfriend. sighhhh. hahahhaha

Tapi aku rasa semua should should tu aku patut ketepikan dulu. I need to focus on my job firstt.
Baiki semua kelemahan. FOKUS!




mari sini sekejap :)
salam..
tujuan aku buat blog ni bukan nak kasi sesiapa baca. dan mngkin tak ramai pun tahu kewujudan blog ini. muahhaahhaha. SO bia aku sorang saje tahu tempat luahan jiwa raga hati jantung ku ini :)


mari sini sekejap :)

Monday, May 5, 2014

SBU

salamm.. ok nak cerita lagi ni. hee

Korang pernah dengar tak Sincerelybyus (SBU). Haa mesti pernah dgr kan? Ok first aku  ingat dia cuma online shop je tapi rupanya diorang ada bukak stokis ;D . Mula2 memang lah kecewa remuk hancur hatiku bila tao die cuma ada dekat shah alam je. Aku bukan apa banyak gak ah kedai2 femes tapi mostly dekat shah alam. So untuk aku yang tinggal kat bangi ni memang amat lah berkira masa tenaga wang ringgit untuk kesana kan? hehehe.

Tapi terubat sudah luka dihatiku.. haa memang ayat nak drama je aku nih. hee. Yelah mana tak nyee punya la best sebab SBU  bukak stokis dekat bangiii. SERONOK BERONOK RONOK. HAHAHA. Apa bestnya kat SBU? ok ni nak habaq. Selain dari pekerja dia yang cemerlang, rajin, mesra, baik hati lagi2 sanggup menolong aku yang rendang ni demi nak baju dekat penyangkut yang tinggi.. (merepek ape aku cakap?)hihihihi...

Ok dekat sini banyak baju2 yang lawa dari online shop yang bejaya contohnya macam NELLYSA_X0,WHITEHANGER KL, dan banyak lagi.  Bagi penggemar jubah, RAYYANHAYA punya design pun ada. LAwa2 semunya dengan harga yang berbaloi baloi. Weee. Aku ni jenis yang suka makan, lagi comel or cantik makanan tu lagi aku suka, hehhe. So sape2 yang suka rainbow cookies, cadbury lelehh. macam2 lah sume ade bley lah korang balun beli dekat sini.

Ade jugak design2 tudung baru dari SBU ni. memang lawa2, sejuk je bila pakai. Kena betul lah dengan cuaca negara kita yang tak menentu ni. hehehe. Ok ni nak share sikit alamat. Yang ade dekat shah alam tu boleh pakat ramai2 pergi dekat  A-6-2 Jalan Serai Wangi 16/F Alam Avenue, Shah Alam.  Yang ade dekat bangi boleh lah lepas balik opis tu singgah dekat 18A Jalan Medan PB 2C Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Malas nak cakap banyak, korang datang and tengok sendiri ok? hee. So enjoy beberapa gmbar yang saya dapat dari pakcik google. heee

Sumber dari google

sumber dari google

ENJOICEEE!!




mari sini sekejap :)

illiyin sayangg

salam.... hehehe
ok pagi ni semangat nak menulis sbb boss takde. Ok mane nak mule ye? Oh ya.. dalam hidup kita ni mesti kita ada kawan kan? ada kawan masa kecik3 bila besar dah tak jumpa. ada kawaan masa belajar bila dah habis jarang la nak ada waktu untuk jumpa. Tapi ni cerita pasal kawan remaja aku. haaaa cliche sgt bunyi.. hihi
Btw bukan lah kategori kawan die ni, dia dah kategori sahabat. ok nak best lagi dah macam adik beradik :)
Aku tulis entry ni pun sebab nak cakap betapa aku hargai dia sebagai seorang sahabat.
Hampir 6 tahun kitorang kenal. Tapi banyak masa habis pergi makan je . haha.
Dia yang bagi sokongan padu masa aku kena tinggal, bagi aku semangat tak pernah putus. Siap emo kalau aku tak cerita masalah dekat dia.
                                       




But now, dia bukan lah sepenuhnya milikku lagi. hahaha. Baru je kahwin dia. Memang lah sedih bila kita dah terbiasa bila2 boleh call kacau ajak jumpa, ajak cerita. Tapi sekarang dah ada batas. Hmm alaa as long as dia bahagia aku pun tumpang sekaki dua jugak. heee. Be a good wife to your husband yingg. Semoga allah merahmati hubungan korang berdua hingga syurga :')   .

p/s
Kau jgn nak ketawa mengilai lagi, dah jadi bini orang kauuu. hahaha.
enjoiceee

           



mari sini sekejap :)
Assalamulaikum blog.
Lamenye tak bukak dan update. rindu. alang-alang takdee keje kat ofis harini so teringin laa nak update blog ni. hihihi. Dah hampir 2 tahun aku habis belajar. Bertatih untuk hadap hidup baru. Banyak sedih, gembira.
Ok first nak cerita pasal carier. Cewahh..

Alhamdulillah tak sampai setahun aku graduate aku dapat offer jadi Setiausaha dekat satu badan berkanun. Banyak lah yang aku belajar kat sini. Antaranya macam mana nak hadap staff untuk mintak report, amik minutes, buat memo etc.. Banyak dugaan berat aku hadap selama jadi PA ni. Tak semudah yang orang sangka. Tapi so far aku suke je keje sini. sebab banyak lah jugak benda aku join. hehehe. antaranya

                                                   


Program berkayak di Langkawi

                                                        Program team building


Dan untuk kasi best cite aku ade jugak pergi bercuti dengan family ke Gunung Bromo. Paling best sebab panjat gunung dengan menaiki kuda. Wahhh kuda ku lari gagah beranii. Dengan cuaca yang sejuk sampai ke tulang hitam.



So that all for today okay. Esok banyak lagi cerita nak share. Tengah kerah idea. Byeeee :*
mari sini sekejap :)

Sunday, June 10, 2012

seorang aku

mak pejam celik pejam celik nak abes dah ghopenye cuti sem nih. haih kejapnye. huhuhu. but, what to do life must go on. ceiiiih poyo! so kat sini kite just nak cite serba sikit tentang pengalaman selama 2bulan direhatkan otak.
ehem ehem,

ok for readers information , lepas je abeh final teros je drive balik kl. ditemani fara n cda yang tak putus2 bagi semangat ntok jgn tido! siap minum redbull lagi nyah! dasyat! bhaha. so dah sampai je putrajaya teros gerak cari keje *berkobar kobar. orang kate kalau dah rezeki tu tak kemane ye dok? dan alhamdulillah dapat jugak kerja kat kedai kek yang diberi nama "wonderfull cake." 

Sepanjang keje kat sini alhamdulillah semuanya baik-baik aja dong. Bos sporting, kawan-kawan happening, and the best part is dapat makan roti and kek setiap hari. so padahnye memang lemak kat badan pon dah berkoyan-koyan lah kan.

Tapi malangnye kaki kite ni ade masalah skit, mengado-ngado. yelah keje berdiri 8 jam tak duduk ,angkat berat berat. haih! So akibatnye kite disahkan radang kaki. so ni lah gambar hari-hari terakhir dengan rakan rakan yang same same bersengkang mate mencari rezeki *hidupmalaysia! motip?



haa nilah gambar gambar sehari selepas berhenti keje. picture tells everythings right? so maleh rasenye nak cite panjang.  nilailah betape gembiranye kite! hahahaha.


so after 2 weeks berhenti keje i decided to help my aunt yang baru bukak restoran. Keje kat restoran nih memang penat. tapi becoz of die baru bukak kan so hati ni sentiasa berdoa "datang lah customer"
so bile ade yang datang memang kite serve die pon first class lah kan? hari nih genap dua hari kite benti keje. sebab jengka dah memanggil manggil . hahaha

Sepanjang 2bulan nih banyak yang kite belajar, dimana memang benar bukan senang kite nak cari duit.. bile kite dapat gaji rase bersyukur tu xdapat nak gambarkan dengan kate2. Kite banyak belajar susah senang cari duet ni.

pape pon bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian :)  . Assalamualaikum

Sunday, May 6, 2012

gurauan

sometimes, kata kata yang kita cuma anggap sebagai gurauan tanpa kite sedar ia menjadi senjata tajam yang boleh membunuh hati orang lain. boleh menimbulkan amarah dan kebencian.

jagalah tutur kata kita agar tak tersentuh hati sahabat kita, agar tak terluka jiwa sahabat kita. ingatlah bahawa persahabatan ini sesuatu hubungan yang sangat diredhai. bukan sahaja menjaga hatinya tetapi juga maruahnya. jangan dijatuhkan maruahnya hanya dengan tutur kata yang sangat tajam.

tapi tak mengapa kerana tak semua manusia sempurna apatah lagi dalam bertutur kata. Jadi cubalah renungkan sejenak kata kata ini agar menjadi iktibar dan panduan. ingat manusia semua ada perasaan.

so beware,

assalamualaikum :)

Wednesday, May 2, 2012

Ganjaran untuk wanita :)



"Wahai Fatimah , kelebihan setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak roti (untuk suami dan anaknya) Allah akan bina parit di antara dirinya dengan api neraka (bagi menghalang bahang api neraka itu), dan jarak di antara satu parit dengan parit adalah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana pedih memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya, maka Allah akan mencatat kepada orang yang menangis kerana takutkan Allah"

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya) Allah akan mencatat kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya)

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak anaknya) Allah telah menetapkannya di tempa khas di atas takhta akhirat."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyak rambut, menyikat, mencuci pakaian, mencuci dan membersihkan anak-anaknya , maka Allah akan membalaskan perbuatan kebajikannya itu dengan pahala mengikut jumlah rambut anaknya itu dan menghapuskan dosa-dosanya dan menjadikan ia berser0seri ( di akhirat) di mata orang yang melihatnya."
(Abu Hurairah )

Beruntungnya jadi seorang isteri dan ibu kan? so sape yang tengah menjadi isteri dan ibu tuh jadilah isteri yang taat dan ibu yang penyayang di samping taat dengan suruhan Allah. *hope aku pon dpt rase jadi ibu dan isteri hek hek hek. :)

Semoga hidup anda dirahmati, amin . .


selepas sah jadi isteri
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

jadi ibu pulak :)

Tuesday, May 1, 2012

SEBAB - SEBAB DOA TIDAK DITERIMA



  • Mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya
  • Mengatakan cinta kepada Rasul Allah tetapi meninggalkan sunahnya
  • Membaca al-quran tetapi tidak beramal dengannya.
  • Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-nya
  • Mengatakan syaitan itu musuhnya, tetapi tidak menentangnya
  • Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal dengannya
  • Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari darinya
  • Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya
  • Bangun dari tidu lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban sendiri
  • Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka
Jadi semoga semua sebab musabab ini kita jauhkan, dan moga doa kita diperkenankan oleh Allah s.wt . amin..