Pagi tadi bangun2 tetiba dekat dagu ada 2 biji jerawat. Tiba2 macam seriau tao majlis dah lah nak dekat. Kulit pun kusam, bawah mata takyah cita la memang panda habis. Tpi panda comel apa ada benda hitam bwh mata lah nmpk mata dia bulat, kalau tak mata panda mcm sepet.
Credit untuk google |
Sebenarnya mudah aje. Tak perlu ribu-ribu untuk dapat kulit cantik. Yang penting kena rajin. Gituww. So meh aku share sikit tips untuk dapat kulit yang tegang dan berseri. Cewah!
1) Putih telur
- Aku memang amalkan putih telur ni dari umur aku belasan tahun lagi. Aku rasa putih telur memang masker yang paling memuaskan. Kebaikan menggunakan putih telur ini adalah untuk menegangkan kulit, dan mengurangkan wrinkle bagi golongan yang berumur. Cara dia mudah aje. Asingkan putih telur dan kuning telur, amik yang putih telur tu,then sapu kat muka. Biar dalam 5-10 minit then bilas dengan air biasa. Hasilnya walaaahhh.Nak lagi senang celupkan kapas dalam telur putih tu then tempekan kat muka, Boleh campur madu sikit takde lah rasa nak terkoyak kulit muka tu . eheheehe
Sumber dari google |
2) Tomato
- Kebaikan buah tomato memang tak boleh nak sangkal. Ini paling best lah sebab boleh ada 2 kaedah sama ada sapu di luaran atau buat jus then minum. Khasiat buah tomato ni ada banyak antaranya ia mengandungi vitamin A dan vitamin C yang menjadikan antioksidan yang bagus untuk melawan radikal dalam badan. Tomato pun kalau korang perasan dia banyak dijadikan bahan asas untuk kebanyakan produk kecantikan. Ia juga membantu kulit kita nampak segar, cerah dan kemerahan (pinkish gituw) Ahaks. Cara nak buat dia mudah, kalau nak sapu kat muka korang hancurkan tomato tu, its not hancur lah its more tu lenyekkan kot. ahahaha sbb klau hancur nt die meleleh2 sgt nt x bpe nak masker sbb stress kena lap2. Pastu dah lenyekkan or hancurkan korang sapu lah kat keseluruhan muka korang. Biar lah dlm 10 minit then bilas. Wahhhhh refreshing gila ko. Kalah kak ton hengkoo. hihihi.
Google mari |
3) Air putih
- Haaa ramai dah tao banyak kebaikan kalau kita amalkan minum air putih ni. JEnis aku, sejak akhir2 ni merajinkan diri bangun pagi sebelum buat ape2 memang aku togok air putih segelas. Lepastu paksa dari pukul 8-12 tu habiskan 1 botol besar air kosong. Petang 1 botol lagi. Then malam sebelum tidur amik segelas air putih. Ia bukan sahaja buat kita awet muda, kalau yang tengah berdiet memang elok sgt minum air putih ni tao.
Haa kalau cerita pasal kecantikan ni sampai subuh esok pun tak habis. heee. Aku dulu memang sambil lewa je bab2 jaga kecantikan kulit ni. Tapi bila aku tengok kat cermin Maigadddddd tak berseri langsung. ekeke. Jenis aku yg tak pandai bermekap untuk menutup cela ni memang lah kena gagah buat semua ni.
Sebenarnya banyak lagi petua-petua yang aku nak share, tapi sikit-sikit lah. Ntah-ntah yang basic cmni pon korang mls, jgn kate korang aku pn kekadang dtg malas hah lantak hengkooo lah. huhu. Eh btw air wudu' tu pun bagus tao, lagi nur org kata muka tu. So sambil2 jaga kecantikan wajah jgn lupa kecantikan hati, rohani dan jasmani kita. Jgn sebok dok tampal masker sampai lupa isya' tak lagi. No no no. Jaga semuanya. Kan semua ni nikmat Allah S.W.T bagi jadi kena lah jaga dan gunakan sebaik-baiknya nikma ni. Insyallah.
So wait for my next entry yaa. Banyak lagi petua nk share.
xoxo
mari sini sekejap :)
No comments:
Post a Comment