Pagi tadi bangun sahur, bukak whatsapp group adik beradik aku.. Angah aku dia memang bab berita perkembangan dunia memang win.
Its a heartbreaking news. Pesawat MH17 penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di tembak dekat sempadan Ukraine dengan Russia. Lebih tragik ia dipercayai ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara.
Seramai 299 nyawa penumpang dan 15 anak kapal. Yang paling sedih adalah pelajar malaysia yang nak balik cuti sempena raya minggu depan. Ya allah........ This is sooooo unbelievable. Tapi siapa kita untuk persoalkan tentang takdir? Selepas kes kehilangan MH370 di lautan hindi yang paling dalam 6 bulan lepas,Pergolakan antara Ukraine dan Russia, dan serangan Yahudi laknatullah terhadap penduduk di Gaza. Macam macam terjadi sepanjang tahun ini.
Mungkin ini bala atau ujian kerana allah kasihkan kita? Tetapi semua ni adalah tanda kebesaran Allah s.w.t. Belum terlambat untuk kita bertaubat. Mati mana kita tahu bila, dimana, bagaimana. Semua itu rahsia dan ketentuan dari Allah.
Ahh betapa kerdil nya aku sekarang ni. Tak mampu membantu. Tapi doa adalah senjata. Allah maha mengetahui segalanya.
Moga Allah lindungi semua orang islam dari kesesatan dajal. Moga kita terjauh dari fitnah dunia, fitnah kubur dan fitnah hari akhirat.
Al-fatihah :'(
#prayforgaza #prayformh17 #prayformh370
mari sini sekejap :)
No comments:
Post a Comment