Thursday, December 25, 2014

Hai assalamualaikum...
Harap semua orang dalam keaadan sihat-sihat belaka. Yela lagi-lagi dengan cuaca kita yang tak menentu, haruslah kita jaga kesihatan.

Cakap pasal cuaca, as everyone know sekarang ni dekat kelantan, terengganu, pahang sedang dilanda banjir. Memang sedih tengok keadaan diorang sekarang ni. Paras air makin hari makin naik.


credit to google


Ya allah kesiannyaaa. Paling sedih bila baca satu berita ni, pasal seorang ibu tengah nak selamatkan diri panjat atap rumah sekali anak dia yang baru berusia 2 bulan kalau tak silap terlepas dari pegangan. Masa tu air deras tak boleh dia nak selamatkan anak dia. Arghh i can't imagine how is that feel :'(

Terbaru juga konsert ambang tahun baru juga dibatalkan sempena menghormati mangsa-mangsa banjir. Alhamdulillah lega den dengar. Yela takkan lah orang lain tengah bertarung nyawa kita pulak nak dok happy-happy layan konsert bagai. Alhamdulillah tiada sebarang sambutan tetapi malam cinta rasul serta solat hajat akan dilakukan. Harus pergi ni.

Sebenarnya aku cuma terbayang macam mana kalau 1 Malaysia dilanda banjir, nauzubillah. Takutnya kalau lepas banjir besar datang pulak kemarau panjang. Takpelah ape pun ujian yang diturunkan moga kita masih tak lupa untuk berdoa kepada allah dan berlindung dengannya.

Sempena hari jumaat yang mulia ni, Surah al-kahf jangan kita lupa baca serta doa kepada mangsa banjir juga kita selitkan. Moga-moga kita sentiasa berada di bawah rahmat allah s.w.t








mari sini sekejap :)

4 comments:

  1. amin..semoga semuanya baik-baik sahaja...

    ReplyDelete
  2. sedihkan tgok mgsa bnjir kt sana...mcm mna la kehidupan mereka seterusnya..moga ramai yg dpt menghulurkan bantuan..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. amin aminnn insyallah moga doa kita semua dimakbulkan :)

      Delete