Friday, July 31, 2015

Mari masak!

Hai assalamualaikum...

First sekali saya nak minta maaf banyak2 diatas kelewatan menghupdate blog, serta jarang sekali saya dapat berblog walking. Kesibukan saya mengemas rumah setelah berpindah ke rumah baru sebelum sysawal haritu, sampai laa ni still tak siap2 lagi.. Adoii letihh aii. Cukup lah ni rumah pertama dan terakhir kami.. penatt oii..

So tadi ade gak jenjalan usha2 blog orang. sume dah hupdate pasal raya. Saya ni nak habis raya bru nak hupdate.. Raya so far ok alhamdulillah. Penyebab baju2 kat umah tak muat. Ciss! haha

Sebenarnya bukan itu yang saya nak update. hehehe. Sejak habis puasa haritu, aku kerap masak tao. Balik lunch dekat rumah, husband request masak. ikutkan hari2 saya masak. Saya bukanlah pakar , tapi saya rajin bukak blog2 yang kongsi resepi, balik terus try buat. So far ade jugak lah yang tak jadi, contohnye goreng sayur pun boleh hanguss. haha, nampak naw kuat berangan. heee

Harini sempena husband ada makan-makan dekat ofis, teros niat nak mendengki tu datang. hahah. saja masak feveret dia, laju teros mamat ni balik rumah. makan sate 2 cucuk je kat opis teros balik. Ni kire sayang bini ke syg masakan bini je ni -..-

IKAN BAWAL TIGA RASA ALA THAI

1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih - diketuk
10 tangkai cili padi -  ni kena ikut tahap kepedasan korang, saya memang suka pedas heehe
4 sudu besar sos tiram
4 sudu sos cili
1 batang serai
1 hiris perahan jus limau nipis
garam secukup rasa

Bahan untuk hias

1 biji bawang merah - Dipotong dadu   *boleh pakai bawang besar
1 inc halia - potong nipis-nipis
1 tangkai cili merah - hiris nipis
Carrot - Dipotong dadu
Tomato - Dikerat 6
Daun limau purut - Dicarik halus

Gaulkan ikan bawal dengan garam dan kunyit, goreng sampai kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak. TUmiskan bawang merah, bawang putih, halia
Masak sehingga layur
Masukkan sos cili dan sos tiram
Jika terlalu pekat tambahkan air
Masukkan carrot, biarkan sebentar
Masukkan cili padi, cili merah, serai
Biarkan lagi
Kemudian masukkan tomato, taburkan garam secukup rasa
Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis.
Biar seketika.
Tutup api, siramkan sos diatas ikan bawal tadi.
Siap!!!


KANGKUNG GORENG BELACAN

1 Ikat kangkung
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
8 tangkai cili padi
1 inc belacan
Garam dan sedikit gula

Potong sayur kangkung dan bersihkan sehingga hilang segala macam pasir
Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan
Tumiskan kesemua bahan tadi sehingga harum
Masukkan serbuk perasa, garam dan gula
Tambah air jika terlalu kering
Masukkan kangkung dan gaul
Biar kangkung sedikit layur dan tutup api.
Siapp!!



Taraaaa!!
 Tapi sempat ambil satu gambar je. Proses membuatnye sume tak amik. SEbab tak terpikir pun nak letak dalam blog. hehehe. Hidangkan dengan nasi panas-panas, aasyukkkk!

So jangan malu2 untuk cuba kay...

Selamat hari raya!!, From me and husband. muah!




mari sini sekejap :)

Thursday, June 18, 2015

RAMADHAN

Assalamualaikum...

Salam ramadhan readers...
How's your fist day of ramadhan? Doing good? ekeke. So nak tanya lah jugak dekat korang, ape yang korang nak capai untuk ramadhan kalini?

Sebelum ramadhan haritu, im a little bit nervous, sebab pertama berpuasa sebagai isteri, and sebab kedua berpuasa sebagai bakal ibu. Agak mencabar bagi aku. So sebagai persiapan aku pergi lah dengar ceramah2 untuk meningkatkan kadar positivity dalam jiwa aku ni. ececece....

First day of ramadhan, alhamdulillah all is doing good. Cuma biasa lah nak petang2 tu pedih hulu hati. Im a bit of nervous sebab terfikir, is it okay for my baby same2 berpuasa? ehehehe..

Its actually come from our mind set. Masa sahur dah cakap dekat baby makan sama tao kita puasa harini. I think he/she might understand. Coz a year after this, dia pun kena puasa dan berterusan puasa :')

Untuk terawih, Allah.. mencabar betul. Sebabnya awal2 ni memang lah kerap sakit pinggang dan tulang pinggul. Kalau duduk lama, nak bangun tu allah je yang tao. Rase nak jerit woii. hahaha. SO masa terrawih tu memang kena gagah jugak. Siap ade on epart tu aku sampai mendesah sebab sakit masa nak bangun. bila dah balik tergelak sensorang.

Sebenarnya baru dua hari. Malangnya hari kedua ni pagi2 aku dah muntah. ayooo fening2... Aku kesian baby ni sebab aku rasa habis kering dah aku keluarkan pagi tadi, baby nk mkan ape :'(

Takpe aku harap baby sama2 kuat. Moga jadi anak soleh ye.


This baby! ahh cute gila!




mari sini sekejap :)

Wednesday, June 10, 2015

Pengalaman kehamilan pertama

Hai assalamualaikum...
Lama dah rasa tak menhupdate blog, tadi jengah siap dah ada sarang labah-labah! choi. hehe .
Bukan ape, tahap kemalasan aku melebihi paras normal menjadikannya tidak normal.Mungkin kerana pembawakan budak? ecece.. 

Seperti yang uolls tahu, masa entri sebelum ni aku ada cerita sikit pasal kegusaran aku tentang kehamilan pertama aku ni. Hmmm Gila tak gusar? Orang lain siap dh nampak detak jantung, tapi aku masih kosong :'( sadis woii. ngee ..

Okay, first masa aku tahu aku pregnat masa tu aku punya bendera merah tak naik-naik. Sebelum ni bendera merah memang tepat pada waktunya, tetapi telah lambat 4 hari. Iolls biasa lah gelabah lebih, teros beli pregnancy test, muahahha padahal baru lagi kott. haha.

SO.. jeng jeee jengg jeee jeee jeeengg jengggg...

Nilah hasilnya.. "I'm pregnant!" 



Inai tak hilang lagi tu
Eksaited? gile tak eksaited? Macam mimpi pon ade.. Siap husband aku macam terdiam eh betol ke ni? ekekeke. Akak aku toksah cite lah, kecoh sekampung! grr...

Nak jadi cerita lepas tao pregnant aku pun hape lagi berjimba dgn angah aku pegi tido bustel dekat pantai klebang, Melaka. Gambor takde uolls sebab aku tido semalam je, lpstu tambah perot aku asyik kremmm plus pinggang sakit macam nak tercabut.Huuuu~ Allah je tao masa tu...

So balik dari Melaka tu aku ditakdirkan demam... So dah alang-alang tu aku gedik lah saje nak check up, patotnya dah 5 minggu. So harus teruja lebih. Scan2 takk nampak pape... Time tu aku punya pikir buruk ingat kandungan luar rahim, sebab simptom2 tu aku kena. Sakit pinggang dan perut yang teramat sangat. 3 hari lepastu nak puaskan hati punya pasal, pergi Klinik Pakar Sakit Puan dekat area Sg Chua Kajang. Berani tak berani aku scan takde kat perut dah, request scan bawah.


Alhamdulillah lega sikit sebab nampak.. kecikkk sangat. Lega sebab kandungan dalam rahim :')

Nak dijadikan lagi cerita, masa kandungan aku masuk 6 minggu aku demam lagi. Ini ditambah dengan sakit belakang yang sangat sakit. Erghh kalau baring nak bangun pun susah. Adehh.. pergi lah klinik check lagi. Dah alang-alang aku saje lah nak tengok lagi perkembangan baby kan.. 

Tapi......

Dr tu kata kandungan aku kecik macam baru 4 minggu. Siap cakap lagi 2 mingu baby still takde terpaksa D&C. What???? GIla nak meroyan aku. Melalak2 aku wehhhh .. Jenuh laki aku tiap malam mujuk . muahaha

7 weeks aku geram aku g Pakar An-Nur. Karung baby memang membesar, lagi besar dari gambar kat atas tu, tapi dalamnya kosong... Takde pape.. Dan fikiran aku adalah mungkin aku mengalami kandungan kosong ataupun "Belighted Ovum" dimana persenyawaan tidak berlaku dengan berkualiti. Nagisss lagii. Haihhhh..

Keciwa olls. Tapi takpe aku masih percaya baby ada, aku percaya dengan takdir allah. Ape jadi pun aku redha. Masa tu aku cakap kalau ada alhamdulillah aku akan jaga sebaiknya, tapi kalau tiada aku cuba lagi lepas ni dengan jayanya. muahaha..

Sempat lah time tu aku pergi Pulau Pinang, mengubat hati yang lara.....




Berkat kesabaran kami suami isteri, hari-hari aku cuba positif. Family paling kuat bagi sokongan...
So kandungan 8 minggu lebih aku buat lagi scan. Untuk terakhir. Memang redha.... Aku pergi Klinik As-Salam dekat bangi. Pergi dengan akak2 aku je time tu sebab husband tunggu kat rumah nak masak mee. KEbetulan time tu dia kata ada pakar scan (aku lupa apa nama saintifik untuk pakar scan, hehehe) sebabnya kalay jumpa doktor xleh scan.. Nak tak nak terpaksa lah kata ok.

Masuk2 ada young chinese woman sambut aku, kurus je tapi sangat baik dan ceria seperti iklan kodomolion. eh? SO aku cerita lah ape masalah aku... Muka dia cam takde perasaan cmtu tros sapugel dan mula untuk scan... Allahuakbar. Allah maha besar segala puji bagi Allah.. Dekat skrin depan mata ni aku nampak baby aku, dia tunjuk baby, yolk sac, and my baby macam berdegup2. Tpi dia tak check jantung baby sebab masih baru lagi. Ahhh Allah je tahuu siap aku tanya pakar tu, "Is that my baby" dengan berkaca-kaca bijik mata aku ni "Yes, its yours." Dia senyum and macam sebak sekali sebab aku macam tak percaya. Its like a suprise from Allah to me, ada nyawa dalam perut ni.. Pakar tanya aku ada mabuk-mabuk tak, dan alhamdulillah tiada. "Baby you sangat baik, sangat sayang mama dia."

Yee baby aku ni memang sangat baik, dia suprised me a lot! Alhamdulillah.... Akak2 aku yang teman pun tumpang sekaki happy sekali.. Balik tu tunjuk dekat husband "By, ni anak awak." Dia diam, tengok lama2 sampai berkaca-kaca mata. Teros dia amik pinggan sendukkan aku mee goreng banyak2. Hahahaha. Teros aku ketawa sambil nagis :') 


So Insyaallah dengan izin Allah tahun depan kami bertiga pulak. ekeke..


Alhamdulillah sepanjang mengandung ni aku takde muntah-muntah atau alah pada pape. Cuma tekak ni loya bila tengok nasi dan makanan berkuah. Hehe maka bermulalah aku mengidam itu dan ini. It fun me ya know, sebab husband, family, and ibu mertua memang layan kaw kaw punya. sebut je nak ape memang terhidang teross. ekekeke


Yang ni husband yang mengidam, aku tolong masak and join sekaki. ehehehe


Yang ni baby nak makan dekat Fish Manhattan, tapi makan sikit je sebab tekak loya pulak time ni. Spoil betol hahaha

Baby mengidam nak makan dekat ROA, Jovian mandagie punya restaurant. Ini aku suggest korang pergi. Pedas terbaikkk wookkk .. * abaikan segala macam tulang disitu.




Baby nak acah-acah korea pulak dah... Kite pergi Dubu-Dubu ye sayang, Higly recomended hehee



Ini malam tadi lah baby nak makan dekat TGI Friday. Bukan ler sedap mana, tapi ok lah demi baby ku sayang. ehehehe.

Sorry guys untuk entri panjang berjela cemni, mesti pening korang nak habiskan kan? ngahaha.. Bacalah pleasee hihihi.

p/s Doakan baby dan  aku selamat sampai aku delivery nanti tao..Aminnnnn



mari sini sekejap :)

Tuesday, May 26, 2015

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88


Hai assalamualaikum. lame dah rasa tak update blog and dah lame jugak rasenye tak join bersegmen ni. Huhuhu.

Mai jum sume kite pakat bersegmen dengan Afidah Azmi . 

Syarat nak join segmen dan giveaway ni mudah jer ..

  • Buat entry dengan tajuk "1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 "
  • Blogger dari Malaysia yer..yang luaq negara tu...susah sikit kot nak post giveaway..
  • Backlink kan burung hantu tu..
  • Wajib follow IG afidahazmi88 /  Blog Afidah Azmi88 
  • Tarikh tutup penyertaan adalah 27 June 2015 jam 11.59 pm

Hadiah yang ditawarkan akan diberitahu pada 28 June 2015...hanya 5 yang bertuah akan terpilih..
so tunggu apa lagi...cepat-cepat join...Hantarkan link yang bukti korang dah join dekat ruangan komen yer..
Selamat bersegmen uolls semua 

xoxo



mari sini sekejap :)

Monday, May 4, 2015

Be Positive

Assalamualaikum...

Entri kallini cuma nak kongsi apa yang jadi dalam hidup aku sekarang.. Tak tao mcm mane nak mula... tapi...

hehehe

Ok lah cite dia camni. Bulan lepas, period aku lewat 3 hari, tapi lepas tu aku period je balik. Bulan ni lewat lagi tapi dah masuk 4 hari. So petang tu nak sedapkan hati sendiri aku teros check UPT, semangat waja betol! haha. tapi aku memang tak harap pape. Sekali tengok result +ve. Memang sebak tak terkata lah, macam tak caye pun ada. Macam eh biar betol? eh betol ke ni?  Nak puaskan lagi hati aku ni, pi farmasi time tu jugak untuk beli yang clear blue. Sah pregnant! Memang lah happy..

Aku siap berjimba pergi melaka tido dekat bustel la bagai... Balik dari melaka tu, aku pergi klinik An-Nur dekat area P15 ni. Nak confirmkan lah.. Rupanya betol, kLau ikot kan mase tu aku pregnant 4weeks 5days.
Dia offer aku suruh scan, confidentnya aku scan lahh. Sekali tu tak nampak pape, memang kosong.. Kosong sekosongnya. Cuma yg nampak rahim je macam membesar.

Balik tu aku memang kecewa lah, pikir bukan2. Perut ni pulak kengkadang dia krem2 cmtu. Hmmm takkan kosong? ...

Malam tadi aku try pergi Klinik Najwa dekat Seksyen 3, Bangi. Aku minta nak scan. Sekali scan2, memang tak nampak apa2. Kosong.. Yang nampak cumalah pundi kencing ku yang penuh. hehe.   Kecewa...

Tapi Dr. cakap takpe mungkin baru lagi. Sesetengah orang kulit perutnya tebal. Aik? perli? heee..

Balik tu aku tewas lagi. Kecewa, why baby taknak tunjuk pape perkembangan? Otak aku ni pulak pikir nak negatif je... Aku tertekan.....

Banyak yang aku google mengalami nasib yang sama macam aku, tapi kebanyakannya kandungan tu tak berjaya.

Pagi tadi aku pergi kerja, jumpa officemate aku sorang ni. Dia cina, tapi dia memang oranga yang sgttt ceria. So nak sedapkan jiwa raga aku jumpa lah dia..

Banyak yang dia nasihat aku. Terutamanya dia cakap, aku takleh pikir sgt benda tu nanti effect dekat baby. And yang paling aku ingat dia cakap "if it mean to be, then it will be" ada jodoh yad dengan baby mesti akan ada juga nanti. Try to be more positive. Kadang2 kita berfikir pun, benda tidak berubah. Just keep calm, smile, enjoy your pregnancy. and good luck."

Teros meleleh air mata.. Ahh bertapa buruk nya fikiran aku sekarang. Sepatunya aku kena banyak berdoa untuk kesihatan aku dan baby...

Hmmm. Sekarang ni aku harap, aku akan lebih positive. dan apa juga kemungkinan aku akan cuba terima dengan tenang :)



xoxo








mari sini sekejap :)

Wednesday, April 22, 2015

Kite Ke Perak Yawww

Iolls tak mampu nak menaip panjang2. Hanya gambar menceritakan segalanya. Ewaahhh.
Btw aku rasa macam tak puas sngat pun pegi Perak ni. Sebabnya hmmmmm mgkin tumpang rumah org kot. segan nak berjalan balik lambat2. ehehe. Tkpe aku ngn husband dah riki2 dah port2 yg best. Nanti nk repeat pi sini. huhu

Enjoicee...












Lepas balik dari perak teros celebrate bsday anak buah. Penat bak hangg. huhu..

Enjoiceee..




Monday, April 20, 2015

Hidup ini.....

Assalamualaikumm...

Kebelakangan ni memang malas je rase nak update blog. Kononnya haritu aku nak update entri pasal aku bercuti kat Perak.

Malangnyaaa.. terasa sepi... hehehehe. aku dah siap upload gambar kot, tiba nak taip jari aku jadi beku. Apeke heiii laahh..

Baru-baru ni aku dilantik untuk jadi secretariat untuk seminar Ofis aku. Penat dia toksah nak cite, malam mengigau meracau, berdengkur tak menahan *mengorok org jawa kate. ehehe.

So bila dah balik rumah, penat rasa nak terseret dah muka ni atas mozek. Tapi aku bertahan.. Malangnya aku ada satu tabiat yang tak berapa aku sendiri nak berkenan. Aku jadi sensetif gila dengan pergerakan objek atau bahasa kasarnya bersepah. Eh betol ke? ahahha

Sementara rumah yang aku bakal duduki masih dalam renovation, jadi aku duduk sementara dengan family aku. PAdahal selama ni aku okey je kalau barang bersepah terutamanya mainan, sebab anak2 buah aku gemar betol nyepahkan mainan. Tapi kali ni semacam je rasa. Rasa sejuk2 kepala, pening2 berpeluh2 wehhh. Bila aku nampak je mainan teros aku capai laju2, pastu amik penyapu, sapu laju2.

Satu lagi, kadang2 suami kita ni lepas pakai odorono ehehe, dia letak je depan cermin meja solek yang sepatonya odorono tu kedudukannya adalah dibelakang cermin solek. Tapi aku teibe rasa darah suppp tersirap teros laju2 letak balik elok2 odorono tu ke tempat asal. Cara lipatan bju pun aku takleh terima kalau org lain buat selain aku. haihhh

Ahhh semua benda lah aku rasa tak kena je sekarang ni. Dan aku boleh bertukar jadi MONSTER bila aku rasa tak puas hati dengan kedudukan sesuatu barang, Otak aku jadi sempittttt dan ini membuatkan aku STRESS!! hahahaha

Adakah ini suatu penyakit? sebelum ni tak de pun. Oh and btw aku boleh ternampak kekotoran dekat baju seseorang yang 10 kaki jauh dari aku. Dah kenapa?? hurmm

Sekian!




mari sini sekejap :)

Thursday, April 9, 2015

COUPUN REAL TASTE REAL FROZEN

Assalamualaikum..
Semalam kita bukak blog afidah ternampak ada kupon real taste real frozen ni. Dari haritu kita nak beli taoo tapi tak kesempatan.Thank you afidah sebab inform dpt kite benda ni secara FREE.

Alang-alang dah dapat kupon ni tengahari ni jugak nak pi MCD. muahahha.

TQ Nuffnang jugak sebab letak iklan ni, heee.  korang pun jangan lupa klik2 ye untuk dapatkn kupon ni.

Mmuah ciked.

MAI KLIK SINI



mari sini sekejap :)

Air Asia 6 % of all Domestic Flights

Assalamualaikum..

Mari mari mari mari. haha. Siapa yang kaki bercuti tu jum booking sekarang, untuk semua penerbangan dalam negeri dapan 6% off okeyyy. Giloss. Semua murah,ada yang Rm29.00 sahaja!! Giloss!! Teros gigih menggoogle nak pegi bercuti. ehehehe.

Fly from Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2), Kuala Lumpur to:

DomesticAll-in-fare from
Johor BahruRM 29.00Book now
Alor SetarRM 29.00Book now
Kota BharuRM 29.00Book now
PenangRM 39.00Book now
Kuala TerengganuRM 39.00Book now
LangkawiRM 49.00Book now
SibuRM 89.00Book now
KuchingRM 89.00Book now
Kota KinabaluRM 99.00Book now
MiriRM 109.00Book now
BintuluRM 119.00Book now
LabuanRM 119.00Book now
SandakanRM 129.00Book now
TawauRM 129.00Book now
 

Fly from Kota Kinabalu International Airport (T2), Kota Kinabalu to:

DomesticAll-in-fare from
TawauRM 39.00Book now
MiriRM 49.00Book now
KuchingRM 59.00Book now
SandakanRM 59.00Book now
Johor BahruRM 99.00Book now
Kuala LumpurRM 99.00Book now
PenangRM 149.00Book now
Kota BharuRM 149.00Book now
 

Fly from Kuching International Airport, Main Terminal, Kuching to:

DomesticAll-in-fare from
BintuluRM 49.00Book now
MiriRM 59.00Book now
SibuRM 59.00Book now
Kota KinabaluRM 59.00Book now
Johor BahruRM 79.00Book now
Kuala LumpurRM 89.00Book now
PenangRM 99.00Book now
Kota BharuRM 99.00Book now
 

Fly from Penang International Airport, Penang to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 39.00Book now
LangkawiRM 39.00Book now
Johor BahruRM 79.00Book now
KuchingRM 99.00Book now
MiriRM 99.00Book now
Kota KinabaluRM 149.00Book now
 

Fly from Senai International Airport, Johor Bahru to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 29.00Book now
PenangRM 79.00Book now
SibuRM 79.00Book now
KuchingRM 79.00Book now
Kota KinabaluRM 99.00Book now
MiriRM 109.00Book now
TawauRM 109.00Book now
 

Fly from Sultan Abdul Halim Airport, Alor Setar to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 29.00Book now
 

Fly from Bintulu Airport, Bintulu to:

DomesticAll-in-fare from
KuchingRM 49.00Book now
Kuala LumpurRM 119.00Book now
 

Fly from Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 29.00Book now
KuchingRM 99.00Book now
Kota KinabaluRM 149.00Book now
 

Fly from Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 39.00Book now
 

Fly from Labuan Airport, Labuan to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 119.00Book now
 

Fly from Langkawi International Airport, Langkawi to:

DomesticAll-in-fare from
PenangRM 39.00Book now
Kuala LumpurRM 49.00Book now
 

Fly from Miri Airport, Miri to:

DomesticAll-in-fare from
Kota KinabaluRM 49.00Book now
KuchingRM 59.00Book now
PenangRM 99.00Book now
Kuala LumpurRM 109.00Book now
Johor BahruRM 109.00Book now
 

Fly from Sandakan Airport, Sandakan to:

DomesticAll-in-fare from
Kota KinabaluRM 59.00Book now
Kuala LumpurRM 129.00Book now
 

Fly from Sibu Airport, Sibu to:

DomesticAll-in-fare from
KuchingRM 59.00Book now
Johor BahruRM 79.00Book now
Kuala LumpurRM 89.00Book now
 

Fly from Tawau Airport, Tawau to:

DomesticAll-in-fare from
Kota KinabaluRM 39.00Book now
Johor BahruRM 109.00Book now
Kuala LumpurRM 129.00Book now


Haaa korang tengookk tu. Gilee lahh . hehehe.

Harga ni tidak termasuk advance booking, ini harga tambang asas sahaje. Tapi okeyy lah kn? Sape nak kasi harga murah cemni. hehe.


Untuk maklumat dan syarat yang lebih lanjut korang klik link ni

http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr0720411.page?utm_source=yahoo&utm_medium=display&utm_campaign=aa_my_tactical&utm_term=stream

 . Haaa gigil2 tangan aku nak membeli tiket ni ihihih. Jangan lupa semua tao, BOOK NOW!! mane tao boleh tersama destinasi percutian kita, boleh jumpe2 sambil ngorat pilot air asia, eh? Giloe kau.  muahaha. Bye

http://www.airasia.com/my/en/home.page


mari sini sekejap :)