Wednesday, April 22, 2015

Kite Ke Perak Yawww

Iolls tak mampu nak menaip panjang2. Hanya gambar menceritakan segalanya. Ewaahhh.
Btw aku rasa macam tak puas sngat pun pegi Perak ni. Sebabnya hmmmmm mgkin tumpang rumah org kot. segan nak berjalan balik lambat2. ehehe. Tkpe aku ngn husband dah riki2 dah port2 yg best. Nanti nk repeat pi sini. huhu

Enjoicee...












Lepas balik dari perak teros celebrate bsday anak buah. Penat bak hangg. huhu..

Enjoiceee..




Monday, April 20, 2015

Hidup ini.....

Assalamualaikumm...

Kebelakangan ni memang malas je rase nak update blog. Kononnya haritu aku nak update entri pasal aku bercuti kat Perak.

Malangnyaaa.. terasa sepi... hehehehe. aku dah siap upload gambar kot, tiba nak taip jari aku jadi beku. Apeke heiii laahh..

Baru-baru ni aku dilantik untuk jadi secretariat untuk seminar Ofis aku. Penat dia toksah nak cite, malam mengigau meracau, berdengkur tak menahan *mengorok org jawa kate. ehehe.

So bila dah balik rumah, penat rasa nak terseret dah muka ni atas mozek. Tapi aku bertahan.. Malangnya aku ada satu tabiat yang tak berapa aku sendiri nak berkenan. Aku jadi sensetif gila dengan pergerakan objek atau bahasa kasarnya bersepah. Eh betol ke? ahahha

Sementara rumah yang aku bakal duduki masih dalam renovation, jadi aku duduk sementara dengan family aku. PAdahal selama ni aku okey je kalau barang bersepah terutamanya mainan, sebab anak2 buah aku gemar betol nyepahkan mainan. Tapi kali ni semacam je rasa. Rasa sejuk2 kepala, pening2 berpeluh2 wehhh. Bila aku nampak je mainan teros aku capai laju2, pastu amik penyapu, sapu laju2.

Satu lagi, kadang2 suami kita ni lepas pakai odorono ehehe, dia letak je depan cermin meja solek yang sepatonya odorono tu kedudukannya adalah dibelakang cermin solek. Tapi aku teibe rasa darah suppp tersirap teros laju2 letak balik elok2 odorono tu ke tempat asal. Cara lipatan bju pun aku takleh terima kalau org lain buat selain aku. haihhh

Ahhh semua benda lah aku rasa tak kena je sekarang ni. Dan aku boleh bertukar jadi MONSTER bila aku rasa tak puas hati dengan kedudukan sesuatu barang, Otak aku jadi sempittttt dan ini membuatkan aku STRESS!! hahahaha

Adakah ini suatu penyakit? sebelum ni tak de pun. Oh and btw aku boleh ternampak kekotoran dekat baju seseorang yang 10 kaki jauh dari aku. Dah kenapa?? hurmm

Sekian!




mari sini sekejap :)

Thursday, April 9, 2015

COUPUN REAL TASTE REAL FROZEN

Assalamualaikum..
Semalam kita bukak blog afidah ternampak ada kupon real taste real frozen ni. Dari haritu kita nak beli taoo tapi tak kesempatan.Thank you afidah sebab inform dpt kite benda ni secara FREE.

Alang-alang dah dapat kupon ni tengahari ni jugak nak pi MCD. muahahha.

TQ Nuffnang jugak sebab letak iklan ni, heee.  korang pun jangan lupa klik2 ye untuk dapatkn kupon ni.

Mmuah ciked.

MAI KLIK SINI



mari sini sekejap :)

Air Asia 6 % of all Domestic Flights

Assalamualaikum..

Mari mari mari mari. haha. Siapa yang kaki bercuti tu jum booking sekarang, untuk semua penerbangan dalam negeri dapan 6% off okeyyy. Giloss. Semua murah,ada yang Rm29.00 sahaja!! Giloss!! Teros gigih menggoogle nak pegi bercuti. ehehehe.

Fly from Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2), Kuala Lumpur to:

DomesticAll-in-fare from
Johor BahruRM 29.00Book now
Alor SetarRM 29.00Book now
Kota BharuRM 29.00Book now
PenangRM 39.00Book now
Kuala TerengganuRM 39.00Book now
LangkawiRM 49.00Book now
SibuRM 89.00Book now
KuchingRM 89.00Book now
Kota KinabaluRM 99.00Book now
MiriRM 109.00Book now
BintuluRM 119.00Book now
LabuanRM 119.00Book now
SandakanRM 129.00Book now
TawauRM 129.00Book now
 

Fly from Kota Kinabalu International Airport (T2), Kota Kinabalu to:

DomesticAll-in-fare from
TawauRM 39.00Book now
MiriRM 49.00Book now
KuchingRM 59.00Book now
SandakanRM 59.00Book now
Johor BahruRM 99.00Book now
Kuala LumpurRM 99.00Book now
PenangRM 149.00Book now
Kota BharuRM 149.00Book now
 

Fly from Kuching International Airport, Main Terminal, Kuching to:

DomesticAll-in-fare from
BintuluRM 49.00Book now
MiriRM 59.00Book now
SibuRM 59.00Book now
Kota KinabaluRM 59.00Book now
Johor BahruRM 79.00Book now
Kuala LumpurRM 89.00Book now
PenangRM 99.00Book now
Kota BharuRM 99.00Book now
 

Fly from Penang International Airport, Penang to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 39.00Book now
LangkawiRM 39.00Book now
Johor BahruRM 79.00Book now
KuchingRM 99.00Book now
MiriRM 99.00Book now
Kota KinabaluRM 149.00Book now
 

Fly from Senai International Airport, Johor Bahru to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 29.00Book now
PenangRM 79.00Book now
SibuRM 79.00Book now
KuchingRM 79.00Book now
Kota KinabaluRM 99.00Book now
MiriRM 109.00Book now
TawauRM 109.00Book now
 

Fly from Sultan Abdul Halim Airport, Alor Setar to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 29.00Book now
 

Fly from Bintulu Airport, Bintulu to:

DomesticAll-in-fare from
KuchingRM 49.00Book now
Kuala LumpurRM 119.00Book now
 

Fly from Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 29.00Book now
KuchingRM 99.00Book now
Kota KinabaluRM 149.00Book now
 

Fly from Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 39.00Book now
 

Fly from Labuan Airport, Labuan to:

DomesticAll-in-fare from
Kuala LumpurRM 119.00Book now
 

Fly from Langkawi International Airport, Langkawi to:

DomesticAll-in-fare from
PenangRM 39.00Book now
Kuala LumpurRM 49.00Book now
 

Fly from Miri Airport, Miri to:

DomesticAll-in-fare from
Kota KinabaluRM 49.00Book now
KuchingRM 59.00Book now
PenangRM 99.00Book now
Kuala LumpurRM 109.00Book now
Johor BahruRM 109.00Book now
 

Fly from Sandakan Airport, Sandakan to:

DomesticAll-in-fare from
Kota KinabaluRM 59.00Book now
Kuala LumpurRM 129.00Book now
 

Fly from Sibu Airport, Sibu to:

DomesticAll-in-fare from
KuchingRM 59.00Book now
Johor BahruRM 79.00Book now
Kuala LumpurRM 89.00Book now
 

Fly from Tawau Airport, Tawau to:

DomesticAll-in-fare from
Kota KinabaluRM 39.00Book now
Johor BahruRM 109.00Book now
Kuala LumpurRM 129.00Book now


Haaa korang tengookk tu. Gilee lahh . hehehe.

Harga ni tidak termasuk advance booking, ini harga tambang asas sahaje. Tapi okeyy lah kn? Sape nak kasi harga murah cemni. hehe.


Untuk maklumat dan syarat yang lebih lanjut korang klik link ni

http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr0720411.page?utm_source=yahoo&utm_medium=display&utm_campaign=aa_my_tactical&utm_term=stream

 . Haaa gigil2 tangan aku nak membeli tiket ni ihihih. Jangan lupa semua tao, BOOK NOW!! mane tao boleh tersama destinasi percutian kita, boleh jumpe2 sambil ngorat pilot air asia, eh? Giloe kau.  muahaha. Bye

http://www.airasia.com/my/en/home.page


mari sini sekejap :)

Sunday, March 29, 2015

My saturday

Assalamualaikum...

Haa cliche sangat tajuk aku tu kan? hahaha. Dalam keaadan yang tak berapa sihat ni, aku tak berkesempatan nak letak tajuk hape kali ni. haha. Sebelum tu nak minta maaf aku kurang aktif sikit kebelakangan ni untuk berblog walking dan sebagainya. Seminggu lebih dah demam, mohon kawan-kawan doakan saya cepat sembuh ye. uhuk uhuk *batukss gedikkss. ehehe

Ok, sabtu baru ni kawan masa belajar dulu kahwin. Kawan ni tersangat lah baik tak pernah tak datang kalau kenduri kami. Jadi saya dan yien (boleh singgah ke blog beliau yang comel ituww) semangat nak drive ke ampang. So sebelum bertolak tu kami dah dengar sok sek sok sek tentang pembukaan butik Pen Merah Dot Com dekat bangi. So peserta yang 100 terawal dapat merasa jubah freee. gitchuuu. Malangnya aku terlajak tidur dan kami orang yang ke 230. Malang sungguh. hahaha.

Dengan segan silu aku masuk ke butik. Sekali kawan baik aku si yin ni kenal owner butik. Umangaii. SI yin ni memang fofular pun, segan i kawan dapat kawan dengan orang yang cantek lagi fofular itu. hahahah puihhh..

SO dekat butik ni macam-macam lah jubah dari designer terkenal macam wawa zainal punya collection jubah yang memang gedebabomm gedevasssss lawa nyaa uoolss. Fatin suhana punya collection pun ade.. waaa naik julilng rasa nak membeli.

Tapi masa tak mengizinkan tak sempat nak tunggu artis macam Yana Samsudin dan Wawa Zainal datang. Takpe next time aku datang nak borong semua jubah . ekekekekeke, *ayat nak poyo je.


blogger fofular fuihhhhh si yin dengan owner Pen Merah Dot COm yang baik hati :p

Pinjam paperbag yin ;p

So lepas tu berkejar lah kami ke Ampang. Tak sempat lah time ni nak amik gambor dengan pengantin. Pengantin tengah busy dok makeup. Sooo terpaksa lah acah-acah jadikan teddy bear itu sebagai pengantin. whahhaa



Mata ku terpejam erat.
Lepastu trus ke majlis perkahwinan kawan yin di UPM.


I dah segan nak amik gamborr. hehehe




So itu sahaja kisah aku. Tak banyak yang aku buat ahad tu aku tidur je sepanjang hari. Sebab tak larat sangat. Doa eh aku cepat sihat, seronok sikit nak berjalan jumaat ni. huhu

Tuesday, March 24, 2015

Assalamualaikum..

Hai rasa macam dah lama pulak tak update blog ni. Heee bukan apa hari-hari update boring pulak orang baca. Sebenarnya lately rasa macam tak sihat sikit, orng ofis pun tegur muka pucat sangat. Huhu kenapa nth.

Jumaat baru ni family husband ajak bercuti ke Melaka, pada asalnya malas jugak den nak poi yelah sebab badan rasa macam tak best je. Tapi kesian pulak kalau tak gi, lagipun orang nak belanje, balun jelah. haha

Jumaat malam tu kitorang berdua sampai A-Famosa dah malam, so aktiviti kami lepas sampai kompem lah tidur. Sampai berderngkur-dengkur,punya penat sebab tempuh jam dekat seremban. Fuhhh.

Sabtu pagi tu lepas je solat subuh teros terjun kolam. Tempat yang kami pilih adalah villa, nak privacy sikit bak kata abang ipar ku.
Satu villa provide satu kolam. Gitchuuu
                         


The villa
 Rate harga untuk satu villa sangatlah tak affordable, ekekeke. Kalau harap duit aku sendiri mungkin aku takkan dapat merasa.Maka terjadilah pepatah "Orang memberi,kita merasa." ekeke. So yang nak bercuti2 dengan big family saya cadang lah tempat ni. Dia provide 4 bilik, setiap bilik ada 2 katil. Hall dia besar, tv peti ais sume lengkap lah. Yang takde dapur je, sebab memasak adalah dilarang kat situ. Tapi ketegaran mak mertua dan ipar-duai mengatasi segalanya. Segala jenis periuk belanga diorang bawak. Memang lengkap lah. Dah rase macam kat rumah sendiri pulak  ___________..______________!


So lepas dah berenang kat kolam sambil bajet2 tunjuk skill berenang aku yang ntah pape tu, maka bergerak lah kami ke bandar hilir.Ala bandar hilir sume orang pun pergi kan? Aku tak amik gambar banyak sangat. SEbab most of the time abang ipar aku yang dok amik gambor. Jadi terkubur lah handphone ku didalam handbeg ku :'(                      


Husband ku En.Poyo . ekekeke


Sila jangan benci melihat wajah ku yang bulat seperti mangkuk nasi itu. ekekeke

Malam tu mula-mula plan nak gi makan ikan bakar. Tapi abang ipar (again) haha dah beli tiket pulak pegi Cowboy town. layan kan jelah. Untuk orang yang first itme macam aku ni, ok lah. Sebab masa show tu segala jenis mak nenek haiwan diorang keluarkan. Ada ayam,itik,gajah,kuda,kambing, best lah dapat pegang. eehehe. Lepatu beca-beca yang dihias pun ada, kereta berhias pun ada. Dah rasa macam hari merdeka. Dia punya pengacara majlis tu yang aku macam suka sikit, sebab masa dia nyanyi lagu 'cuti-cuti malaysia' suara dia sebijik macam dalam tv tu *kagum kejap. ekeke.



Anak buah dah macam sebaya pulak dengan aku.



Habis show tu pun dah malam, sebab bosan tak tao nak buat ape kitorang sewa tuktuk hiasan suruh pusing satu cowboy town tu ahahaha.

Esok pagi tu lepas sarapan mandi kolam semua, diorang ajak pergi safari aka zoo. Oh i likeeee. hehehe. Dari kecik suka pergi zoo sebab macam2 haiwan kita boleh kenal. Sebenarnya tak sabar nak tengok harimauu. Sukaaa gilaa harimau, ekekke.





Gajah ni kesian sangat. Dia kena ikat macamtu, Dah lah gading pun takde. Harap-harap penjaga zoo jangan lah seksa diorang ni. Kesian tengok.






Yang ni tak pasti apa, kijang maybe? ehehhe



See? yang pegang camer tu abang ipar aku. So sejenis handphone murahan pasti dipandang sepi. Hmmm :( . Kitorang ada naik macam bas tao, bas ni pulak ada macam pagar besi, so i called it "Bas Kandang" haha. So kalau tengok haiwan2 ni takde lah rasa seram sangat. Hee safety first. Padahal driver bawak laju betol. ekeke. Eh haa tu harimau tengah lepak bawah pokok. Ada dua ekor, look so jinak maybe sebab dah kenyang kot. huhu.


Swim my baby swimmmm. Harimau berenang curlass kau jah. haha. 



Ni persembahan cowboy yang hmmm agak menarik. Memula bosan jugak lah, sebab english dia kemain pekat sampia aku rasa nak cakap "aiii bro,slow down. Cowboy cakap melayu ok bje bro." ekekeke. tapi dia punya tembak-tembak and bom  bom sume menjadi. Macam real je. Good job.



Habis je cowboy punya show, kitorang pergi tengok show burung pulak. Pergi dengan budak kecik sesungguhnya marilah kita tengok show yang lebih santai. ehehe. 



So dah penat gila. Pastu terpikir jem lagi, so segera lah kami pulang. Alhamdulillah berkat hantar mak mertua ke kuala pilah kemudian patah balik ke bangi, kami tak hadap jem langsung. Jalan dalam itu perlu ye. heeee..





Sebelum balik haruslah posing dulu dan perasan bagai cinderella di waktu musim panas. Gitchuuu..


p/s minggu depan nak pergi lumut, nak pergi teluk senangin. Tak zabarrrr nak update kat blog aktiviti kat sana. ehehe

byeee............









Friday, March 20, 2015

Review Cicakman 3

Assalamualaikumm..

Sejujurnya aku bukanlah peminat tegar filem melayu. Kalau di pawagan antara cerita english ngan melayu aku prefer english lah. Bukan ape sebab filem melayu dah tao nanti mesti keluar kat astro :p  . So demi ibu tercinta, aku gagah jugak pi tengok cite ni. *padahal eksaited jugak nak gi tengok.



Sinopsis
Cicakman 3 menceritakan Man (lakonan Zizan Razak) seorang suami kepada Linda (Lisa Surihani) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai. Masalah rumah tangganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda. Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero. Namun kehadiran superhero Super-Bro di Metrofulus telah menggugat kedudukan Cicakman. 

Untuk keseluruhan cerita ni ok lah bagi saya. Terutama bab yang kelakar2 tu. Yang action tu kureng sikit. Bagi saya lah, untuk orang lain mungkin ok kot. huhu. But thats ok, atleast ada lah kelainan sikit cite melayu kita, takdelah terikat dengan cite seram je. And the other thing is, baju cicakman dah takde six pack lagi. So nampak lebih kemas. huhu.

Good job.




Btw, kebetulan cicakman datang alamanda,shoping baju mungkin. whahaha. Eksaited kemain anak buah aku tu. Ape lagi? korang g la tengok. eehehhee

mari sini sekejap :)

Wednesday, March 18, 2015

Secret Place


Assalamualaikum..
Buat ape tu? Goreng ayam ke? ekeke. Lately aku macam stress sikit sebab bebanan kerja yang maha dasyat. Aku pi kklinik doktor cakap aku low blood pressure. Haih kalau pitam agak bahaya okey. Kawan akak aku ayah dia tetiba pitam teros meninggal, puncanya low blood pressure. Seramm hokeeyyy, hee mintak jauh lah..

So disebabkan husband outstation, aku ajak lah akak aku pi merayau-rayau putrajaya. Jeng Jeng jengg.. Jumpa tempat ni. Heee. Cantikk gilaa. Ade lagi satu side tu (tak sempat amik gambor sebab dah magrib) lagi lawa sebab nampak putrajaya.

Aku tak sangka pulak ada tempat lawa cmni. Subhanallah.. Ok thats it. Dah jadi tempat rahsia. Lepas ni ajak husband lepak sini tenangkan fikiran. Nanti kalau aku dapat amik gambar satu side lagi tu aku share dengan korang eh..








Cite kite pendek je arini. Share sikit secret place korang? hehe