Monday, November 6, 2017

My Latest Update

Bismillahirrahmanirrohim...

Assalamualaikum guysss...

Lame gilee lah aku tak update blog ni.. bukan tak nak update, tapi kekangan masa sampai  nak pegang hp pun kadang take sempat.  Lupe dah cara nak intro cane hikhik.. nak blog walking pun tak dan, jadi nyee kalau takde yang nak bace blog ni almaklum jela eh .. hehehe



So banyak sebenanrnya benda yang nak share dekat sini tapi tulah satu-satu lah ye.. cumenye yang nak bagitahu, ku sedang berusaha membesarkan dua anak bujang ku.. like seriusly? Hahahaha.. rase macam baru je update pasal kelahiran anak pertama bahahahaha.. alhamdulillah allah bagi rezeki merasa beranak yang kedua.. nanti ade masa nak share lahh the journey masa pregnant hingga lah melahirkan bebyboi yang nombor 2 ni.. yaaaa boy jua  hahaha... so aku rehat lama sikit lah, anak dah besar2 sikit boleh lah nak jenguk2 blog ku dan blog orang lain juga.. hehehe


So ini lah keluarga ku.. syurga ku... mama love you all .. so much!






Monday, December 19, 2016

My Very First Son

Hai assalamualaikumm...
Lama sangat dah tak update blog ni. Sampai dah tak tao nak mula macam mana. Sebenarnya niat nak menulis dah lama, tapi kekangan waktu mengatasi segalanya. Cewahhh!


So far alhamdulillah kehidupan baik-baik aje, lagi-lagi dengan kehadiran my beloved son Muhammad Uwais Arsyad :) baru tulis nama dah imagine macam-macam pasal die ;p

Alhamdulillah pengalaman dari awal mengandungkan uwais, sampai melahirkan sangat2 mudah. Even kena induce, dan sakitnya 2 kali ganda tapi mama masih bertahan. Semua ni berkat doa abah uwais siang malam ;p

Tapi masing-masing ade pengalaman tersendiri, but as for me semuanya baik-baik aje. Dan sekarang masih dalam proses belajar jadi mama dan isteri terbaik . Gitchuuu~~

Ni masa dia baru sehari tengok dunia :')


 But now, hmmmm



Besar dah yayang mama ni..

Oh btw, next week my son dah setahun. Masyallah, sekejap betul masa berjalan. Now he can crawling, climbing, tatih2 baru nak berjalan, and soon very very soon. He's gonna be a brother. hahahahaha.. Yes, im pregnant. Again. hahaha alhamdulillah for the rezeki. Trully thankfull to allah because he's giving me this opportunity again.

 Lepasni update pasal adik uwais pulak. Pengalaman baru pulak, jadi mama kepada 2 anak lelaki. Gosh! May allah bless me hehehehe.



mari sini sekejap :)

Monday, November 2, 2015

A journey to become a mommy

Pejam celik pejam celk dah nak masuk 8 bulan dah usia kandungan aku. Perut kecik je tapi, hihi.. So, last saturday aku dan suami mengadakna doa selamat kecil-kecilan, sempena masuk rumah baru, dan semoga dipermudahkan urusan aku untuk bersalin. Kalau sesetengah orang buat kenduri lenggang perut atau baby shower, but my husband and i choose kenduri doa selamat. And alhamdulillah everything went well. Syukur.

Semua yang datang happy sebab dapat makan sedap2, memang itu yang aku nak, semua yang datang pulang dengan perut yang girang. huhu. But unfortunately aku lupa betol nak ambil gambar secara detail untuk letak dalam blog ni. Busy betol sampai tak sempat lah. Tapi takpe lah kan as long as semuanya berjalan dengan lancar. Hujan pun alhamdulillah makin reda dipertengahan majlis.

The thing that i wanna share here is about my happines. Haritu ada lah duduk borak2 dengan husband, tetiba aku sebak sendiri, nagis teruk2 punya. Its not because im sad, it is because i am so so so happy. Im so happy. Alhamdulillah sepanjang aku mengandung kali ni segala macam kebaikan yang aku terima. Ibu dengan ayah aku banyak bertungkus lumus bantu kelancaran majlis, siap depa sponsor macam-macam hihihi. Cakap aje nak makan apa memang diorang bawak lah. Ade sekali tu suami aku kena balik kampung sebab nak ambil exam (my husband is a part-time student) so sebab jumaat tu aku keje x dapek lah den nak ikut suami den. So i stay with my parents. Trust me, aku tido sekatil dengan diorang, tido tepi lah tapi. hahaha. Teringat zaman masa belum kahwin, ganggu dorang malam2 sebab nak tido ngn dorang hehehe oh how i miss :') ..

Adik beradik aku pun tak kurang jugak, suka beli or masak amacam2 ikut kehendak aku ni. Al maklum lah aku sekarang ni tak fikir lain da, fikir makan je huhu. The best thing is pasal mak mertua, alhamdlulillah mak mertua aku memang baikkkk gile. Jangan harap lah sekarang ni aku dapat basuh pinggan kalau dia ada, habis selori dia basuh. Tu blm kain baju habis dia basuh lipat sekali. Macam2 lah makanan and buah2 yang dia bekalkan dari kampung, terharu sangat, blend kan cili sekali utk stok sebulan. Baikk gilerrrr rasa disayangi tao. BErtuah jugak aku ade sahabat2 yang tak jemu2 bagi sokongan dekat aku, bagi ayat2 yang buat sejuk hati aku. Xde condem2, siap excited nak tgk perut aku. Malangnya my baby is sleeping, hujan sedap tido woooii. hahaha.

Paling paling buat aku tersangat lah bahagia, sebab punyai suami yang membahagiakan. Perghhh ayat nak jiwang. haha. I never tell this to anyone, but i just wanna share this thing to my blog, so that one day my son/daughter will read this. So they know bapak diorang bapak punya baik. Dia orang paling bersabar melayan karenah mood swing aku ni, bile aku marah2 die boleh gelak2 lagi, hmm nak marah pun tak jadi, hadoii. haha. Nak makan ape pun aku sebut terus bawak, even aku tao poket kitorang bukan berduit sangat pun, tapi die usahakan jugak sampai dapat. Ape aje kehendak semua die penuhkan. Kadang rase bersalah jugak, tapi time ni jelah boleh buli kan? hahaha. Malam2 tu aku selalu tao kena simpul biawak (krem kaki) sakit wooo. macam kena tarik urat besar kat betis, ape lagi tangan jela mampu tumbuk2 utk kejut hihihi. terbangun orang tu terus urut, haihh legaa. Aku boleh lagi sambung tido dia yang sebok dok selimut kan aku balik urut2 lagi. haihh.

Entah lah kadang rasa tak layak je untuk semua ni. Kebaikan apa yang aku lakukan sampai Allah tu benarkan aku rasa bahagia macam ni. Dikeliling dengan orang yang sangat-sangat hargai aku. Alhamdulillah syukur..

And im very2 sure, all of this because of my baby. He is so special sampai sume orang jadi sayang dekat mama dia. Thank you baby, mama memang tak sabar nak kamu keluar. Nak kamu rasai bahagia yang mama rasa :')  . Terima kasih baby sebab sudi duduk dalam rahim mama yang tak seberapa ni. Mama memang tak sabar nak tunggu kamu keluar, nak dengar tangisan kamu yang comel tu. hihi. Thank you Allah...

p/s btw khamis ni aku pergi cameron hokey, akhirnya. Thank you suami tercinta merealisasikan impian mak buyung. kehkehkeh












mari sini sekejap :)

Wednesday, October 7, 2015

My life Update..

Assalamualaikum..


Wahhh dah lame betol rasanya tak hupdate blog. Sampai dah bersawang lah blog ni, ekekeke. Bukan ape, saya dah kekeringan idea sebenarnya. Tak tao ape benda nak hupdate sebabnya kehidupan aku sekarang ni cuma tertumpu kepada keluarga dan orang baru yang akan tiba dalam tak kurang 2 bulan lagi. hihihi.

So semorang sihat ke? Sejak-sejak negara dilanda jerebu ni, diri ini makin seram nak keluar dari rumah. Tekak rasa keringg je ala-ala nak demam.. huhuhu so diharap korang semua jaga kesihatan korang elok-elok jangan lupa banyakkan minum air kosong tao.

Ok sambung cerita pasal kehidupan saya. eh? ada ke orang nak tao? hihiih ala bace jelah. ahahah. Untuk makluman korang, kandungan saya ni dah cecah 7 bulan tao. So mesti korang membayangkan hakak sudah menjadi seperti belon. Nampaknya tekaan korang salah, sebabnya badan hakak ni tak menaik mendadak seperti ibu-ibu mengandung yang lain. huhu. Mula-mula sedih jugak sebab ramai yang tegur kenapa lah perut saya ni tak besar, kecik kiut miut je. huhuhu. Siap ada tao yang cakap eh kau ni mengandong ke x mengandong ni? Haa sedih kite tao. Tapi tu sume tak patahkan semangat saya untuk terus makan seperti juara ahahha.

Alhamdulillah baru-baru ni checkup baby is doing fine. Berat hokey anak hakak nak masuk 1 kg dah. Jangan pandang perut ku sebelah mata! ahahaha. Asalkan anak sihat tu dah okey, malas nak dengor orang tanya soalan tak munasabah. ehehehe.

So far mengidam tu takde lah yang teruk-teruk. Tapi benda paling saya mengidam adalah... jeng jeng jeng... I IS NAK PERGI CAMERON HIGHLAND!! hahaha. Dari awal pregnant saya punya lah mengidam nak ke sana, tapi tulah dengan mata wang kita yang merundum ni, terpaksa lah ku pendamkan hasrat.. Preparation menyambut baby adalah lebih penting. Tapi tapi saya sampai termimpi-mimpi pergi cameron makan strawberi sambil hirup udara yang....... segar (not sure kat sana jerebu teruk or x) huhu.





Semua gambar diatas sumber ihsan dari google. huhu. takpelah tengok gambar pun jadi lah. Maybe baby nak ikut sekali kut gi sini nanti (stay positive) ehehe.

Dari segi persiapan barang, aku baru beli sikit-sikit je barang baby. Tapi gaji bulan ni memang nak pulun beli habis, mana lah tao terberanak awal. EH harapnya 9 bulan baru keluar tao. heee.

Sooo ape life update korang? meh lah share sikit :D



mari sini sekejap :)

Friday, July 31, 2015

Mari masak!

Hai assalamualaikum...

First sekali saya nak minta maaf banyak2 diatas kelewatan menghupdate blog, serta jarang sekali saya dapat berblog walking. Kesibukan saya mengemas rumah setelah berpindah ke rumah baru sebelum sysawal haritu, sampai laa ni still tak siap2 lagi.. Adoii letihh aii. Cukup lah ni rumah pertama dan terakhir kami.. penatt oii..

So tadi ade gak jenjalan usha2 blog orang. sume dah hupdate pasal raya. Saya ni nak habis raya bru nak hupdate.. Raya so far ok alhamdulillah. Penyebab baju2 kat umah tak muat. Ciss! haha

Sebenarnya bukan itu yang saya nak update. hehehe. Sejak habis puasa haritu, aku kerap masak tao. Balik lunch dekat rumah, husband request masak. ikutkan hari2 saya masak. Saya bukanlah pakar , tapi saya rajin bukak blog2 yang kongsi resepi, balik terus try buat. So far ade jugak lah yang tak jadi, contohnye goreng sayur pun boleh hanguss. haha, nampak naw kuat berangan. heee

Harini sempena husband ada makan-makan dekat ofis, teros niat nak mendengki tu datang. hahah. saja masak feveret dia, laju teros mamat ni balik rumah. makan sate 2 cucuk je kat opis teros balik. Ni kire sayang bini ke syg masakan bini je ni -..-

IKAN BAWAL TIGA RASA ALA THAI

1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih - diketuk
10 tangkai cili padi -  ni kena ikut tahap kepedasan korang, saya memang suka pedas heehe
4 sudu besar sos tiram
4 sudu sos cili
1 batang serai
1 hiris perahan jus limau nipis
garam secukup rasa

Bahan untuk hias

1 biji bawang merah - Dipotong dadu   *boleh pakai bawang besar
1 inc halia - potong nipis-nipis
1 tangkai cili merah - hiris nipis
Carrot - Dipotong dadu
Tomato - Dikerat 6
Daun limau purut - Dicarik halus

Gaulkan ikan bawal dengan garam dan kunyit, goreng sampai kuning keemasan.
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak. TUmiskan bawang merah, bawang putih, halia
Masak sehingga layur
Masukkan sos cili dan sos tiram
Jika terlalu pekat tambahkan air
Masukkan carrot, biarkan sebentar
Masukkan cili padi, cili merah, serai
Biarkan lagi
Kemudian masukkan tomato, taburkan garam secukup rasa
Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis.
Biar seketika.
Tutup api, siramkan sos diatas ikan bawal tadi.
Siap!!!


KANGKUNG GORENG BELACAN

1 Ikat kangkung
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
8 tangkai cili padi
1 inc belacan
Garam dan sedikit gula

Potong sayur kangkung dan bersihkan sehingga hilang segala macam pasir
Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan
Tumiskan kesemua bahan tadi sehingga harum
Masukkan serbuk perasa, garam dan gula
Tambah air jika terlalu kering
Masukkan kangkung dan gaul
Biar kangkung sedikit layur dan tutup api.
Siapp!!



Taraaaa!!
 Tapi sempat ambil satu gambar je. Proses membuatnye sume tak amik. SEbab tak terpikir pun nak letak dalam blog. hehehe. Hidangkan dengan nasi panas-panas, aasyukkkk!

So jangan malu2 untuk cuba kay...

Selamat hari raya!!, From me and husband. muah!




mari sini sekejap :)

Thursday, June 18, 2015

RAMADHAN

Assalamualaikum...

Salam ramadhan readers...
How's your fist day of ramadhan? Doing good? ekeke. So nak tanya lah jugak dekat korang, ape yang korang nak capai untuk ramadhan kalini?

Sebelum ramadhan haritu, im a little bit nervous, sebab pertama berpuasa sebagai isteri, and sebab kedua berpuasa sebagai bakal ibu. Agak mencabar bagi aku. So sebagai persiapan aku pergi lah dengar ceramah2 untuk meningkatkan kadar positivity dalam jiwa aku ni. ececece....

First day of ramadhan, alhamdulillah all is doing good. Cuma biasa lah nak petang2 tu pedih hulu hati. Im a bit of nervous sebab terfikir, is it okay for my baby same2 berpuasa? ehehehe..

Its actually come from our mind set. Masa sahur dah cakap dekat baby makan sama tao kita puasa harini. I think he/she might understand. Coz a year after this, dia pun kena puasa dan berterusan puasa :')

Untuk terawih, Allah.. mencabar betul. Sebabnya awal2 ni memang lah kerap sakit pinggang dan tulang pinggul. Kalau duduk lama, nak bangun tu allah je yang tao. Rase nak jerit woii. hahaha. SO masa terrawih tu memang kena gagah jugak. Siap ade on epart tu aku sampai mendesah sebab sakit masa nak bangun. bila dah balik tergelak sensorang.

Sebenarnya baru dua hari. Malangnya hari kedua ni pagi2 aku dah muntah. ayooo fening2... Aku kesian baby ni sebab aku rasa habis kering dah aku keluarkan pagi tadi, baby nk mkan ape :'(

Takpe aku harap baby sama2 kuat. Moga jadi anak soleh ye.


This baby! ahh cute gila!




mari sini sekejap :)

Wednesday, June 10, 2015

Pengalaman kehamilan pertama

Hai assalamualaikum...
Lama dah rasa tak menhupdate blog, tadi jengah siap dah ada sarang labah-labah! choi. hehe .
Bukan ape, tahap kemalasan aku melebihi paras normal menjadikannya tidak normal.Mungkin kerana pembawakan budak? ecece.. 

Seperti yang uolls tahu, masa entri sebelum ni aku ada cerita sikit pasal kegusaran aku tentang kehamilan pertama aku ni. Hmmm Gila tak gusar? Orang lain siap dh nampak detak jantung, tapi aku masih kosong :'( sadis woii. ngee ..

Okay, first masa aku tahu aku pregnat masa tu aku punya bendera merah tak naik-naik. Sebelum ni bendera merah memang tepat pada waktunya, tetapi telah lambat 4 hari. Iolls biasa lah gelabah lebih, teros beli pregnancy test, muahahha padahal baru lagi kott. haha.

SO.. jeng jeee jengg jeee jeee jeeengg jengggg...

Nilah hasilnya.. "I'm pregnant!" 



Inai tak hilang lagi tu
Eksaited? gile tak eksaited? Macam mimpi pon ade.. Siap husband aku macam terdiam eh betol ke ni? ekekeke. Akak aku toksah cite lah, kecoh sekampung! grr...

Nak jadi cerita lepas tao pregnant aku pun hape lagi berjimba dgn angah aku pegi tido bustel dekat pantai klebang, Melaka. Gambor takde uolls sebab aku tido semalam je, lpstu tambah perot aku asyik kremmm plus pinggang sakit macam nak tercabut.Huuuu~ Allah je tao masa tu...

So balik dari Melaka tu aku ditakdirkan demam... So dah alang-alang tu aku gedik lah saje nak check up, patotnya dah 5 minggu. So harus teruja lebih. Scan2 takk nampak pape... Time tu aku punya pikir buruk ingat kandungan luar rahim, sebab simptom2 tu aku kena. Sakit pinggang dan perut yang teramat sangat. 3 hari lepastu nak puaskan hati punya pasal, pergi Klinik Pakar Sakit Puan dekat area Sg Chua Kajang. Berani tak berani aku scan takde kat perut dah, request scan bawah.


Alhamdulillah lega sikit sebab nampak.. kecikkk sangat. Lega sebab kandungan dalam rahim :')

Nak dijadikan lagi cerita, masa kandungan aku masuk 6 minggu aku demam lagi. Ini ditambah dengan sakit belakang yang sangat sakit. Erghh kalau baring nak bangun pun susah. Adehh.. pergi lah klinik check lagi. Dah alang-alang aku saje lah nak tengok lagi perkembangan baby kan.. 

Tapi......

Dr tu kata kandungan aku kecik macam baru 4 minggu. Siap cakap lagi 2 mingu baby still takde terpaksa D&C. What???? GIla nak meroyan aku. Melalak2 aku wehhhh .. Jenuh laki aku tiap malam mujuk . muahaha

7 weeks aku geram aku g Pakar An-Nur. Karung baby memang membesar, lagi besar dari gambar kat atas tu, tapi dalamnya kosong... Takde pape.. Dan fikiran aku adalah mungkin aku mengalami kandungan kosong ataupun "Belighted Ovum" dimana persenyawaan tidak berlaku dengan berkualiti. Nagisss lagii. Haihhhh..

Keciwa olls. Tapi takpe aku masih percaya baby ada, aku percaya dengan takdir allah. Ape jadi pun aku redha. Masa tu aku cakap kalau ada alhamdulillah aku akan jaga sebaiknya, tapi kalau tiada aku cuba lagi lepas ni dengan jayanya. muahaha..

Sempat lah time tu aku pergi Pulau Pinang, mengubat hati yang lara.....




Berkat kesabaran kami suami isteri, hari-hari aku cuba positif. Family paling kuat bagi sokongan...
So kandungan 8 minggu lebih aku buat lagi scan. Untuk terakhir. Memang redha.... Aku pergi Klinik As-Salam dekat bangi. Pergi dengan akak2 aku je time tu sebab husband tunggu kat rumah nak masak mee. KEbetulan time tu dia kata ada pakar scan (aku lupa apa nama saintifik untuk pakar scan, hehehe) sebabnya kalay jumpa doktor xleh scan.. Nak tak nak terpaksa lah kata ok.

Masuk2 ada young chinese woman sambut aku, kurus je tapi sangat baik dan ceria seperti iklan kodomolion. eh? SO aku cerita lah ape masalah aku... Muka dia cam takde perasaan cmtu tros sapugel dan mula untuk scan... Allahuakbar. Allah maha besar segala puji bagi Allah.. Dekat skrin depan mata ni aku nampak baby aku, dia tunjuk baby, yolk sac, and my baby macam berdegup2. Tpi dia tak check jantung baby sebab masih baru lagi. Ahhh Allah je tahuu siap aku tanya pakar tu, "Is that my baby" dengan berkaca-kaca bijik mata aku ni "Yes, its yours." Dia senyum and macam sebak sekali sebab aku macam tak percaya. Its like a suprise from Allah to me, ada nyawa dalam perut ni.. Pakar tanya aku ada mabuk-mabuk tak, dan alhamdulillah tiada. "Baby you sangat baik, sangat sayang mama dia."

Yee baby aku ni memang sangat baik, dia suprised me a lot! Alhamdulillah.... Akak2 aku yang teman pun tumpang sekaki happy sekali.. Balik tu tunjuk dekat husband "By, ni anak awak." Dia diam, tengok lama2 sampai berkaca-kaca mata. Teros dia amik pinggan sendukkan aku mee goreng banyak2. Hahahaha. Teros aku ketawa sambil nagis :') 


So Insyaallah dengan izin Allah tahun depan kami bertiga pulak. ekeke..


Alhamdulillah sepanjang mengandung ni aku takde muntah-muntah atau alah pada pape. Cuma tekak ni loya bila tengok nasi dan makanan berkuah. Hehe maka bermulalah aku mengidam itu dan ini. It fun me ya know, sebab husband, family, and ibu mertua memang layan kaw kaw punya. sebut je nak ape memang terhidang teross. ekekeke


Yang ni husband yang mengidam, aku tolong masak and join sekaki. ehehehe


Yang ni baby nak makan dekat Fish Manhattan, tapi makan sikit je sebab tekak loya pulak time ni. Spoil betol hahaha

Baby mengidam nak makan dekat ROA, Jovian mandagie punya restaurant. Ini aku suggest korang pergi. Pedas terbaikkk wookkk .. * abaikan segala macam tulang disitu.




Baby nak acah-acah korea pulak dah... Kite pergi Dubu-Dubu ye sayang, Higly recomended hehee



Ini malam tadi lah baby nak makan dekat TGI Friday. Bukan ler sedap mana, tapi ok lah demi baby ku sayang. ehehehe.

Sorry guys untuk entri panjang berjela cemni, mesti pening korang nak habiskan kan? ngahaha.. Bacalah pleasee hihihi.

p/s Doakan baby dan  aku selamat sampai aku delivery nanti tao..Aminnnnn



mari sini sekejap :)