Sunday, May 25, 2014

Pendosa

Assalamualaikum blog..

Harini aku belajar sesuatu. Its about "kesabaran." Aku ni dikategorikan orang yang tak berapa nak sabar. Kuat melenting. Cepat marah. And other thing is aku berfikiran yang sangattt negatif.

Bila kena marah dengan bos, sikit2 aku betah jugak ape yang dia cakap tapi aku kawal lah sebab ofis kan. and aku ni sape je. huhu.
Dengan sape2 pun lah. Cepat je nak panas hati.

Then tiba2 aku terbukak blog maria elena, dia cakap tentang sabar. Then i realised, betul lah.. Macam mana allah yang maha besar boleh sabar melihat kita bila mana kita banyak melakukan dosa, bila mana allah sabar dan bagi peluang bila mana kita terlupa akan dia. Haihh. Im such a big sinner. (Ampunkan aku ya allah)

Aku ni kadang2 dah termarah orang rasa bersalah tu tetap ada. Tapi yelah kita manusia tak lari dari kesilapan. Tapi aku tetap akan paksa diri aku untuk sabar. Untuk jadi yang terbaik di mata Allah.

Kadang2 bila jalan2 aku renung jugak langit. Sebak tu nanti mesti datang, kenang balik dosa dosa yang banyak. Tapi allah bagi peluang, allah masih tutup aib kita.

Kebelakngan ni keluarga aku banyak di uji. Dekat situ aku tengok diri aku, betapa jahat sebenarnya aku ni. Haih.

Moga aku sempat bertaubat, moga aku dijauhi fitnah dunia, fitnah kubur, fitnah dajjal .
Lindungi aku ya allah di dunia dan akhirat.

Aminnnn :'(

p/s dunia dah akhir zaman, perbanyak baca surah al-kahfi supaya kita dijauhkan dari fitnah dajjal.

mari sini sekejap :)

Thursday, May 22, 2014

Dag dig Dug

salam,
haii. hmm dalam pada nervous menghitung hari nak bertunang ni. Hati ni terdetik jugak kerisauan yg maha heba. huhu. Bukan ape, baju yang aku beli tu tgh alter lagi. Dah lah over gile baju tu, malu pulak rsenye nk pakai nanti.

Yang paliing aku takut nanti bile kena makeup!! Gile dek non oiii, hakak ni tak pernah kena makeup.Dalam beg makeup aku yg ada cuma stick foundation, bedak compact, lip balmm, eyeliner. Itu jeee.

Point nye sekarang aku ni selalu rase bila dah makeup muka aku jadi lebih hodoh dari azali. What to do???
Haih tu je yg aku nebes. Aku penah je kena makeup tapi xdelah tebal mane. Tp tu pun aku dah rasa muka aku macamm

Umaaangggaiii. omeyy nyee. hahahaha. Ya allah, moga2 xdelah masa majlis aku rupe aku jadi cenggini. Aminnnn.. Hehehe.


mari sini sekejap :)

Tuesday, May 13, 2014

Hai salam semuaa...

eheee. semalam sempena cuti hari wesak, aku pun plan untuk rehatkan diri kat rumah. Bakal nunang pulak bz bantu kakak dia nak settle kan hantaran. Huh majlis nak dekat ni, debor je rase. hehehe.
Tapi bila dah petang sikit jiwa aku pun meronta laaa nak kebosanan. Hahaha.

Soo dengan rela hati bakal nunang pun setuju je nak teman kita tgk wayang. wahaa. Ok cite hantu thailand tak sah kalau tak buat aku sakit meroyan sbb seram ya ampuuunn. hehehe

Umangaiii, tgk poster pun da seram kan? smpi tersiku2 muka orang sebelah, punya lah takot. hahahahha.
Lepas tu kitorang ni kne byk berjimat. Yelah majlis dekat kan? so sekarang nk makan luar kne byk2 kumpul kupon. hehehhee. So berbekalkn beberape ringgit dpt beli air vitagen, dan makan dengan pizza free bersempena dapat kupon. ALhamdulillah :)
So cuti aku spent very well. Thank you sayang <3

mari sini sekejap :)

Wednesday, May 7, 2014

salam all,

Malam semalam aku ditegur ibu tentang cara aku bercakap dengan bakal tunangku (22 days left). Kasar. Kata ibuku.

Sebenarnya aku tahu ramai kawan aku tahu aku memang orang yang kasar, panas baran, kuat sentap semua lah.

Tapi siapa suka jadi itu? Aku dalam proses belajar. Belajar untuk lebih bertenang. Belajar untuk menerima bakal tunangku itu. heeee. But deep deep deep from my heart, aku nak jadi wanita tenang. Yang solehah. yang lembut berbicara. Takpe aku masih bertatih untuk menjadi itu.

Sabarnya bakal tunang aku itu hanya allah yang tahu. Sampai aku risau satu saat dia akan tinggalkan aku sebab perangai aku yang maha annoying ni. hahaha.

Takpe hari hari aku google dan baca cara untuk menjadi wanita yang tenang. hehehehe.

Be patience my dear future husband,
the time will come, where i will be as patience as you :)




mari sini sekejap :)
Salam hai semuaa..

Harini aku nak buat luahan jiwa . Hati aku ni, makin lama makin rasa taknak pergi kerja. Semangat ku takde. Mungkin sebab aku punya bilik duduk sorang2 jauh dari officemate yang lain. So bila duduk sorang2 ni timbul lah perasaan kebosanan yang melampau. Hmmm i should find some entertainment in this office yawww~~~  But in what way?

Should i get married? So that bile ada masa terluang boleh lari pergi ofis husband... heheheh

or should i buy a radio so that  i can turn on the music louder than my emptyness?

hmmmm

Should  i find a new job? new environment that full with joy, laughter, jokes, foods? But in this era, finding a job is 1000 difficult than finding a new boyfriend. sighhhh. hahahhaha

Tapi aku rasa semua should should tu aku patut ketepikan dulu. I need to focus on my job firstt.
Baiki semua kelemahan. FOKUS!




mari sini sekejap :)
salam..
tujuan aku buat blog ni bukan nak kasi sesiapa baca. dan mngkin tak ramai pun tahu kewujudan blog ini. muahhaahhaha. SO bia aku sorang saje tahu tempat luahan jiwa raga hati jantung ku ini :)


mari sini sekejap :)

Monday, May 5, 2014

SBU

salamm.. ok nak cerita lagi ni. hee

Korang pernah dengar tak Sincerelybyus (SBU). Haa mesti pernah dgr kan? Ok first aku  ingat dia cuma online shop je tapi rupanya diorang ada bukak stokis ;D . Mula2 memang lah kecewa remuk hancur hatiku bila tao die cuma ada dekat shah alam je. Aku bukan apa banyak gak ah kedai2 femes tapi mostly dekat shah alam. So untuk aku yang tinggal kat bangi ni memang amat lah berkira masa tenaga wang ringgit untuk kesana kan? hehehe.

Tapi terubat sudah luka dihatiku.. haa memang ayat nak drama je aku nih. hee. Yelah mana tak nyee punya la best sebab SBU  bukak stokis dekat bangiii. SERONOK BERONOK RONOK. HAHAHA. Apa bestnya kat SBU? ok ni nak habaq. Selain dari pekerja dia yang cemerlang, rajin, mesra, baik hati lagi2 sanggup menolong aku yang rendang ni demi nak baju dekat penyangkut yang tinggi.. (merepek ape aku cakap?)hihihihi...

Ok dekat sini banyak baju2 yang lawa dari online shop yang bejaya contohnya macam NELLYSA_X0,WHITEHANGER KL, dan banyak lagi.  Bagi penggemar jubah, RAYYANHAYA punya design pun ada. LAwa2 semunya dengan harga yang berbaloi baloi. Weee. Aku ni jenis yang suka makan, lagi comel or cantik makanan tu lagi aku suka, hehhe. So sape2 yang suka rainbow cookies, cadbury lelehh. macam2 lah sume ade bley lah korang balun beli dekat sini.

Ade jugak design2 tudung baru dari SBU ni. memang lawa2, sejuk je bila pakai. Kena betul lah dengan cuaca negara kita yang tak menentu ni. hehehe. Ok ni nak share sikit alamat. Yang ade dekat shah alam tu boleh pakat ramai2 pergi dekat  A-6-2 Jalan Serai Wangi 16/F Alam Avenue, Shah Alam.  Yang ade dekat bangi boleh lah lepas balik opis tu singgah dekat 18A Jalan Medan PB 2C Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Malas nak cakap banyak, korang datang and tengok sendiri ok? hee. So enjoy beberapa gmbar yang saya dapat dari pakcik google. heee

Sumber dari google

sumber dari google

ENJOICEEE!!




mari sini sekejap :)

illiyin sayangg

salam.... hehehe
ok pagi ni semangat nak menulis sbb boss takde. Ok mane nak mule ye? Oh ya.. dalam hidup kita ni mesti kita ada kawan kan? ada kawan masa kecik3 bila besar dah tak jumpa. ada kawaan masa belajar bila dah habis jarang la nak ada waktu untuk jumpa. Tapi ni cerita pasal kawan remaja aku. haaaa cliche sgt bunyi.. hihi
Btw bukan lah kategori kawan die ni, dia dah kategori sahabat. ok nak best lagi dah macam adik beradik :)
Aku tulis entry ni pun sebab nak cakap betapa aku hargai dia sebagai seorang sahabat.
Hampir 6 tahun kitorang kenal. Tapi banyak masa habis pergi makan je . haha.
Dia yang bagi sokongan padu masa aku kena tinggal, bagi aku semangat tak pernah putus. Siap emo kalau aku tak cerita masalah dekat dia.
                                       




But now, dia bukan lah sepenuhnya milikku lagi. hahaha. Baru je kahwin dia. Memang lah sedih bila kita dah terbiasa bila2 boleh call kacau ajak jumpa, ajak cerita. Tapi sekarang dah ada batas. Hmm alaa as long as dia bahagia aku pun tumpang sekaki dua jugak. heee. Be a good wife to your husband yingg. Semoga allah merahmati hubungan korang berdua hingga syurga :')   .

p/s
Kau jgn nak ketawa mengilai lagi, dah jadi bini orang kauuu. hahaha.
enjoiceee

           



mari sini sekejap :)
Assalamulaikum blog.
Lamenye tak bukak dan update. rindu. alang-alang takdee keje kat ofis harini so teringin laa nak update blog ni. hihihi. Dah hampir 2 tahun aku habis belajar. Bertatih untuk hadap hidup baru. Banyak sedih, gembira.
Ok first nak cerita pasal carier. Cewahh..

Alhamdulillah tak sampai setahun aku graduate aku dapat offer jadi Setiausaha dekat satu badan berkanun. Banyak lah yang aku belajar kat sini. Antaranya macam mana nak hadap staff untuk mintak report, amik minutes, buat memo etc.. Banyak dugaan berat aku hadap selama jadi PA ni. Tak semudah yang orang sangka. Tapi so far aku suke je keje sini. sebab banyak lah jugak benda aku join. hehehe. antaranya

                                                   


Program berkayak di Langkawi

                                                        Program team building


Dan untuk kasi best cite aku ade jugak pergi bercuti dengan family ke Gunung Bromo. Paling best sebab panjat gunung dengan menaiki kuda. Wahhh kuda ku lari gagah beranii. Dengan cuaca yang sejuk sampai ke tulang hitam.



So that all for today okay. Esok banyak lagi cerita nak share. Tengah kerah idea. Byeeee :*
mari sini sekejap :)